Thursday, August 20, 2015

Kisah Mel dan Ulat Gonggok.

Korang jangan tak tau, aku memang penggeli dengan ulat gonggok. Jangan kata ulat gonggok, segala binatang yang banyak kaki dan takde kaki ni memang la aku geli. Macam ulat gonggok, lipan, ular dan yang sewaktu dengan nya. Aku kalau tengok ulat gonggok lalu pun dah meremang tengkuk, jangan kata nak pegang. Hish, simpang malaikat 44 la jawabnya. Nak upah aku bagi RM1000 untuk pegang ulat gonggok pun aku takmau. Pernah sekali masa tu kitaorang satu family tengah tengok Tv dengan ruang tamu. Ni cerita zaman sekolah dulu. Masa aku sekolah menengah. Sekali masa dok tengok tv aku terasa la cam geli-geli kat kaki aku. Ingatkan ada semut ke lalu atas kaki aku sebab dia nye rasa cam tak rasa sangat. Sekali aku tengok, ulat gonggok dok melintas atas kaki aku!! Huawaaaaaaa, aku punya menjerit siap dengan menggelupur tu, aku rasa satu taman boleh dengar. Mak aku yang tengah tido tu pun menggelupur bangun terkejut macam dengar bom. Hahahaha. Jadi kesimpulannya, memang la aku sangat takut dengan ulat gonggok.

Tapi anak dara aku yang sorang ni punyalah dasyat, dia tak takut langsung dengan ulat gonggok. Korang jangan tak tau. Hari tu masa BBQ kat rumah member aku, boleh tak si Mel ni dia gi kutip ulat gonggok yang lalu tu. Bukan setakat kutip je weh, dah terbelah dua ulang gonggok tu dibuatnya. Ya Allah. Aku tak tau la nak gelak ke nak nangis. Tu pun nasib la kawan aku perasan. Kalau tak, entah-entah dah masuk dalam mulut dia dah ulat gonggok tu. Huuisssssshhhh aku membayangkan Mel pegang tu pun dah rasa geli geleman satu badan. Punya lah extreme anak aku ni ha. Tak padan dengan gegurl. Perangai mengalahkan jantan. 

Malangnya takde pulak gambar aku nak share kat sini. Aku tengok ulat gonggok tu dah terbelah dua pun, rasa kesian kat ulat gonggok tu. Tak sampai hati nak amek gambar. Hihihi. Haih la. Mel..Mel. Ade je pernagai dia. Sebab tu la kalau keluar jalan-jalan memang aku perati je si Mel ni. Risau dia kutip mende2 camni la. Nasib ulat gonggok. Kalau dia pegang ulat bulu? Ko rasa tak satu hal pulak kang gatal satu badan. Nasib baik jugak ade yang tolong buangkan ulat gonggok tu. Kalau nak harap aku, memang tak la. Geli wehhhhhhh! Ni aku google gambar ulat gonggok pun aku dah geli. Nak pitam pun ade tengok gambar tu semua.

Seram weh pic ni.

Kau mampu nak pegang ulat gonggok macam ni??????
Kalau ulat gonggok besar camni lalu kat kaki aku, mau aku pengsan 7 hari 7 malam.


3 comments:

  1. euwwwww...! geliiiiii... ulat gonggok, lipas, gelinyaaaa ...huhu

    ReplyDelete
  2. ya ampun... nk pitam rasa tgk gmbar 2nd tu

    ReplyDelete
  3. i pun penggeli binatang yg lembik², especially cicak hahah!
    so perangai tu turun ke anak, segala jenis cicak, ulat semua dia takut..lipas pun dia boleh jerit gegar rumah.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..