Tuesday, August 25, 2015

Meroyan Nak Beli Katil Ikea.

Cujen dengan katil ikea berpisah tiada. Rasanya dua tahun lepas pun aku ade up pasal katil ikea kat blog ni. Tapi tu pasal katil aku. Kali ni katil Mel pulak. Kan aku ada update hari tu entry Ikea Sale tu. Aku update entry tu hari Rabu. Ikea Sale start Hari Khamis. Ikutkan hati pagi-pagi Khamis tu aku nak ajak laki aku pergi Ikea tapi laki aku kata jangan gelojoh. Tunggu petang. Kita pergi lepas balik kerja. Hmm ok, setuju je la. Aku fikir kalau nak pergi sorang2 kang sape pulak nak hangkut katil tu masuk keta kan. So bertabahlah tunggu petang hari. Tapi, aku call dulu Ikea pagi tu. Nak tanya stok dulu. Sebab semalam aku whatsapp Personal Shopper Ikea dia kata macam tak nampak katil tu. Ikea ni bukan betul. Kadang buat sale tapi brg yang sale tu takde. Mujur la aku call pagi tu berjawab. Petang samalam nya call langsung takde org jawab. Bila tanya stock, dia kata stok ada. Ada 43 unit lagi katil tu yang color putih. Hui, lega mendengarnya. Aku fikir, takkan la habis kan 43 unit tu dalam sehari. Lagipun hari kerja kan. Ramai orang dah shopping hari rabu tu preview sale tuk member. So aku senang hati tunggu petang baru nak pergi.

Petang tu balik rumah laju-laju. Siap-siap terus nak pergi Ikea. Kul 6.30 dah siap semua. Tunggu masa nak melangkah keluar je. Sebelum keluar kita selfie dulu.


Masa selfie tu dah terbayang dlm kepala otak, jap lagi nak update kat IG dengan caption "Ikea, here i comeeeee". Waaa semangat hokey. Malangnyaaaaaaaa, something happened. Huhuhu. At the moment aku nak melangkah keluar rumah sambil bukak Ig kat henpon, Personal Shopper Ikea tu whatsapp aku;


Nampak tak? Nampak tak tu?? Huhuhu..betapa luluhnya hati ku ketika itu. Nasib baik la aku belum melangkah keluar rumah lagi tu. And nasib baik belum update pic selfie "Ikea here i come" kat IG. Kalau tak sesia je. Huuuu, sedih tau! Si Mel pun dah beria dok dalam carseat dia. Sekali mummy tak jadi pergi. Huahahahaha. Kesian Mel. Eh apa pulak Mel, kesian Mummy tau.

Nasib baik la aku ada save no Personal Shopper Ikea. Gigih malam sebelum tu cari personal shopper ikea kat IG sebab nak suruh diorang tgkkan katil tu if ada lagi. Ye la, nak pergi jauh. Buatnya pergi barang takde macam kes ni ha, ko tak rasa aku boleh jadi Hulk kat situ? Hmmpsss! Nak harap call Ikea, tunggu nasib baik la kalau diorg jawab dah petang-petang camtu. Maka, tak jadi la pergi ke Ikea petang tu. Terpaksalah pergi Jumaat pagi tu sebab PS Ikea tu cakap Ikea akan release 36 pcs je katanya. 

Pagi Jumaat tu gigih jugak aku pergi Ikea. Gigih bawak Mel and amek laki aku kat office dia sebab nak paksa dia ikut. Kul 9 dah sampai sana. Ikea open kul 9.30. First time sampai Ikea awal camni. Sampai kena tunggu dulu kat lif baru boleh masuk. Ingatkan boleh je terus masuk. And ingatkan pergi pagi tak ramai la org. Tapi ramai jugak org. Cuma tak la sesak mcm selalu.

 Ha, nampak guard tu dok tunggu je kat esclator tu. 
(Mel muka busyuk br bangun tido)

Tepat kul 9.30 baru la guard tu on esclator tu. Tanpa berlengah, kami sekeluarga bergegas ke tempat yang dituju. Dah tak toleh-toleh dah tempat lain. Walaupun hati aku meronta tergedik-gedik nak tengok2 barang lain. Takpe, yang tu lain kali boleh pergi lagi. Mari lah kita selesaikan misi nan satu ni.

Bila sampai kat rak sepatutnya, luluh hati aku bila tengok katil yang color putih takde kat situ. Yang tinggal semua color hitam je. Huwaaaaaaaa! Sedih rasanya masa tu. Tapi tetap tak putus asa. Tanya staff Ikea tu, rupanya katil tu dia letak kat depan nak menghala ke kaunter tu. Serta merta hati aku berbunga riang bila nampak katil idaman hati.

 Seronok shopping kat Ikea kalau hari-hari camni lengang nya.

Tadaaaa. kat sini rupanya engkau menyorok ye.
Nampak tak tu tinggal berapa pcs je. Kalau lambat ni konpom habis.

Tanpa berlengah terus angkut letak atas troli.
Lega rasa hati.


Ok Mel. Jom kita gi bayar. Mummy bayar, Mel tolak troli ok.
Hihi





Urusan pembelian katil ni tak sampai 15 minit pun. Nampak jam kat dinding tu. Baru kul 9.45 pg. Wohoooo, memang dalam sejarah pergi Ikea beli barang amek masa 15 minit je. Kalau tak, nak masuk parking pun makan masa setengah jam tau. Alhamdulilah berjaya jugak dapat katil ni. Hehehe. Nasib baik muat masuk dalam myvi ku yang kecik tu.

Myvi yang berjasa kat aku. Sedar tak sedar dah 9 tahun pakai myvi ni. 
Dah bape kali myvi ni dok mengangkut barang2 Ikea yang aku beli.


Sebelum balik singgah beli karipap and makan Mcd. Then hantar laki aku balik semula ke opis. Aku pulak hantar Mel kat rumah mak, pastu pegi office. Sanggup ok semata-mata nak kan katil ni. Punya lah beria berebut macam kan takde hari esok. Huhuhu. Ye la, kalau lambat nanti takut habis, Pastu kang putih mata je tengok katil dah takde or back to normal price. Tapi kadang-kadang ikea ni pun dia buat gila. Kang tak lama lagi tetiba harga jatuh lagi murah. Harap-harap harga kekal camni supaya aku tak sakit hati. Hahaha.

Btw, Ikea sale dah habis 23hb tu. Tak sempat nak usha barang lain. Takpe lah, dapat beli katil Mel ni pun dah puas hati. Ikea pun nak kuar katalog baru tak lama lagi. Mana la tau kot-kot ada barang turun harga. Harap tilam untuk katil ni turun harga. Aku tak beli lagi tilam nya sebab mahal. Hihi. Tunggu sale lain nnt. Lagipun belum plan bila nak start bilik anak dara tu. Tengah nak get rid barang-barang tak guna dalam bilik tu. Antaranya almari besar ni


Almari ni ok lagi. Cuma pintu tu susah nak bukak dan besi laci ade yang tercabut. Aku nak sedekah je kat sape yang nak. Dah iklan dalam FB Group Komuniti Putrajaya. Ada yang nak. Tapi belum amek-amek lagi. Tunggu dia amek baru boleh nak kemas bilik Mel. Sementara ni kekal la camni dulu.

Tunggu ye Mel nanti mummy deco-deco bilik Mel cantik-cantik.

6 comments:

  1. wahh, berusaha keras nih! memang sale ikea paling susah nak jangka...huhu

    ReplyDelete
  2. Huwaa dapat rembat katil tu. Tu yang menyampah kalau beli time sale cepat habis. Eh kita pun angkut barang ikea dah macam-macam. paling ingat angkut almari panjang tu naik kereta. bawa kereta pun senget sebelah. punya nak jimat tak nak guna service penghantaran Ikea

    ReplyDelete
  3. Hoih... canteknya katil tu!!! Patut sanggup je drive jauh2. memang berbaloi la.. berapa RM dpt katil tu? Drawer tu samala, saya pun ada... Huruf besar2 tu beli kat manakah?

    ReplyDelete
  4. dpt jugak katil idaman mel ye...eh? hahaha...best la deko2 bilik.my bujang xde bilik lg xdapat deko2 lg la.

    ReplyDelete
  5. Sis klo2 nk letgo info sy yee.. Or ade kenalan nk letgo ke. 018.2797606 fya. Mencari jgak nih 2nd hand jela mampu ��

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..