Thursday, August 13, 2015

Photoshoot Raya.

Raya nak habis dah tapi cerita raya aku tak habis-habis jugak. Hahaha. Ha ni rentetan dari photoshoot raya tak jadi yang aku cerita dalam entry raya lepas. Yang mahal nak mampus tu. Last-last dalam FB group Komuniti Putrajaya, ade orang iklan buat photoshoot raya kat white studio, RM50 je. Shoot and burn je la. Takde print and frame sekali. Takpe print gambar boleh beli kat Groupon. Banyak promo murah-murah kat situ.  

Aku booking slot hari sabtu 25/7. Pagi-pagi kul 10 dah standby sebab slot lain semua dah penuh. Ramai rupanya org nak amek gambar raya ni. Nasib baik studio nye dekat je dengan rumah. Kat pesint diplomatik tu. Sebelum kul 10 aku dah sampai. Semangat katanya. Photoshoot raya ni baru lah aku berkesempatan nak pakai baju raya yang beli kat Minaz tu. Patutnya baju ni aku pakai first day raya tu. Tapi disebabkan baju Mel tak siap, so tak jadi lah pakai. Dah seminggu raya baru nak pakai. Tu pun semata nak photoshoot je. Baju Mel, nenek dia siapkan malam sblm photoshoot tu. 

Kejap je photoshoot nye. Nasib baik abang photographer tu ok. Malangnya Mel pulak yang tak ok. Ko bayangkan dalam berpuluh-puluh gambar yang di shoot tu, takde satu pun gambar Mel senyum. Satu pun takde weh. Muka masam je semua. Haih, sabo je la. Aku ngan laki aku je beria.

Selfie dulu. Mummy dgn ayah je happy. Mel dengan muka 'tak kuasa aku' tu.

Sebelum photoshoot sebenar, bagi Mummy feeling2 hijabista kejap. Hikhik
Yang jari aku terlentik macam tu dah kenapa? Hahaha.
Masa edit baru perasan jari aku macam tu. 



Dah sudah feeling-feeling hijabista tak jadi, moh la kita ke photoshoot sebenar.


Dok siapkan Mel. Pakai kan headband terus mengamuk.
Nasib la gambar ko kepala gondol Mel.

 Tengok tu suruh senyum wat muka blur


 Ni pulak muka tak puas hati


Disebabkan Mel tak nak senyum, biar mummy ngan ayah je fefeling pengantin baru.


Ni pulak acah-acah mintak maaf. 


 Mummy wat pe tu?


 Dah la mummy, tak usah berlakon lagi.
Boleh nampak siapa paling beria?



Last sekali terus melalak dengan jayanya. Huwaaaaa. 


Ape la Mel ni, langsung tak bekerjasama tau. Puas tau nak bagi dia senyum. Langsung tak layan. Takde mood la tu agaknya sebab pagi-pagi dah kena paksa amek gambar. Hehe. Takpelah, janji ada gambar raya official. 

Lepas photoshoot, abg tu terus burn dalam CD semua pic tu. Raw format je. Edit-edit semua takde. Gambar aku upload pun semua tak edit. Malas. Masa nak print je, aku edit sket. Beli voucher kat groupon  je.


Murah kan? Aku pilih yang size 10' x 15' tu. Size A3. RM159 je. Dapat dua tau. Bukan satu je. Dua photo canvas size A3 RM159 je. Agak murah gak tu. Campur photoshoot RM50, total RM209 je. Kalau aku buat kat kedai gambar kat Selayang hari tu, dia charge RM300 ++. Dah la tu gambar dapat sekeping je. Soft copy pun ade sekeping gambar je. Yang aku buat tu berpuluh-puluh gambar. Pilih je nak print yang mana. Lepas beli voucher tu, terus aku submit order. Seminggu lepas tu siap dah gambar aku. Dah siap gantung pun kat dinding. Hehehe. Tapi lupa pulak nak amek pic. Nanti kalau ingat aku tepek sini.

So lepas ni, tahun-tahun akan datang aku photoshoot raya kat sini je. Kot-kot tahun depan beraya berempat pulak. Hihii. Insyaallah.

Ni sekeping gambar abang tu tolong editkan. Korang yang dok Putrajaya tu boleh la try tgk website dia tu kalau nak wat photoshoot white studio.

5 comments:

  1. Allah Mellll, rosak semua gambar! hahaha. aku pun dah book, murah kot!

    ReplyDelete
  2. xpela xsenyum pun..asal ade gmbr..hihi

    ReplyDelete
  3. last2 terpaksa bagi gadjet nak tarik attention dia eh? baju cantek~~ tahun depan kalau nak ber4 sila usaha keras skrg. hahaha.. good luck.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..