Friday, August 14, 2015

Salam vs Amin.

Hi mommies.

Nak tanya mommies semua yang baca blog ni. Korang kalau ajar anak salam, korang cakap SALAM or AMIN? Mende ni dah lama bermain kat kepala aku, even sebelum aku ada anak lagi. Aku tak paham kenapa orang ajar anak salam tp sebut amin? Kat mana related nya salam dengan amin tu ek? Macam jauh sangat je bunyi nya.

Sebabnya aku ajar Mel salam dengan perkataan salam. Actually aku tak ajar pun. Tak tau la si Mel ni agaknya masa raya dia tengok orang dok salam-salam, tak lama lepas tu dia pandai sendiri je nak salam aku. Tapi aku akan cakap perkataan salam la kalau nak soh dia salam aku. But the problem is, ada setengah parents yang ajar anak salam dengan perkataan amin. So ada la time-time pegi rumah orang tu, bila suruh salam dia cakap amin kat Mel. Dah confused dah si Mel. Aku ajar Mel, salam tu means salam cium tangan and amin masa baca doa. Bila orang soh amin, nanti Mel tadah tangah nak doa. Hahaha. Kesian dia confused. But still otak aku masih tak boleh digest kaitan salam dengan amin. Kalau ckp mamam insted of makan tu, boleh jugak terima. Ni salam dengan amin. Tak kena langsung. Ke aku yang salah ajar anak? 

Aku kalau boleh nak ajar la perkataan yang betul untuk Mel. Sebab budak ni cepat tangkap. Kadang kita rasa dia tak paham, tapi sebenarnya dia paham apa yang kita ckp tu. Macam aku ajar Mel doa. Bukan aku, ayah dia yang ajar. Biasa lepas sembahyang, laki aku akan amek Mel dok ngan dia. Pastu soh dia tadah tangan sekali. Aku x expect pun dia akan paham. Tapi x lama lepas tu, bila aku bentang sejadah je dia akan automatic terus nak sujud. Buat-buat macam orang sembahyang. Pastu lepas dia nampak kita bagi salam habis solat tu, nnt dia datang dekat n tadah tangan. See, aku tak ajar pun yang sembahyang tu. Tapi sebab dia selalu tengok aku buat, then dia paham sendiri. Budak memang cepat mengikut, so penting untuk ajar perkataan yang betul. Pada aku tak salah nak guna perkataan manja cam contoh aku ckp tadi, mamam = makan. Sebab tak jauh sgt bunyi. Tapi kalau perkataan tu bawak maksud lain, aku rasa cam tak sesuai. But the choice is in ur hand. Ikut lah nak ajar anak macam mana pun. Jap lagi aku kena kecam pulak macam good2 je cujen nak ajar org. Hahaha. Ala, aku kadang2 pun ter mencarut jugak depan anak aku. Tapi harap-harap dia tek dengar apa yang aku carutkan tu. Heeehe.



Video Mel mula-mula pandai salam.

7 comments:

  1. emm..entah la ni..lain2 cara ajar kot..

    ReplyDelete
  2. betul tu..
    tak paham kenapa mesti ajar dgn perkataan "amin"
    i pun ajar sebut "salam"
    dlu bila jumpa orang, orang cakap "meh amin dlu" anak i sapukan muka dia haha
    istilah amin bagi dia sapukan tangan kt muka selepas baca doa.

    tp skrg ni dua² pun dia dah ok, sebut amin atau salam dia tetap salam tangan,
    tp dgn i hanya sebut salam..no more amin utk salam..

    ReplyDelete
  3. huhu..i pun ajar anak i the same method utk salam dan amin...betul..sebab budak2 senang faham...apa yg dia nampak dan dengar akan record dlm ingatan dia even though dia tak pandai cakap lagi..i pun tak ajar salam tu tapi maybe time raya dia tgk org salam2 terus dia pandai nak salam..

    ReplyDelete
  4. same situasi cam Ammaara ms mule2 dl.. klu org sruh salam sebut 'amin' dia xkan fhm. sbb kitorang ajar dng perkataan 'salam'. ktorng kena ckp kat die salam, br die akan salam. :-) better ajar yang betul. :-)

    ReplyDelete
  5. sy ajar "salam" sebab bila ckp amin, danish automatik tadah tgn nk doa.. tp btl la kan, amin tu kan berdoa.. herherher.. tp elok ajar perkataan yg btl..

    ReplyDelete
  6. i pun ajar salam.. pelik jugak knp org kata amin.. amin.. pelik smpai skrg tak terjawab

    ReplyDelete
  7. Akak ajar word "salam". Tak pasti lah kenapa ada orang guna word "amin". Confuse budak2.

    <a href="http://lyana-adam.blogspot.com/2015/07/punca-dan-risiko-keguguran-jaga.html><b>Kurangkan risiko KEGUGURAN janin></b></a>

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..