Wednesday, September 2, 2015

Melissa First Day At Taska

Huwaaa hari ni Melissa first day pegi taska. Ceh tetiba mummy pulak yang huwaaa. Ye la, sedih pulak sebab tak pernah hantar anak pegi taska. Tah cemana la keadaan Mel sekarang. Hope dia ok la.

Sebelum ni tak pernah dok dengan orang lain. Nenek Mel yang jaga dia. Tapi ye la sampai bila nak mintak nenek jaga kan. Lagipun mak aku sekarang dah bukak kedai jahit. So cam susah sket la kalau nak jaga budak sekali. Kat kedai tu takde bilik air pe semua. Kang Mel berak la nak mandi la susah. Kena pulak nak naik atas. Satu kerja pulak mak aku nak turun naik atas. Kedai mak aku dekat je dengan rumah. Rumah mak aku tingkat 4, kedai kat ground floor. Turun tanggan pun boleh. Tapi satu hal la kan nak turun naik. Tak jadi kerja mak aku nanti. Mel pulak sekarang ni kalau datang mengada dia, nak berdukung je. Kesian pulak mak aku nak kena dukung Mel. 

Aku memang dah ada plan nak hantar Mel kat taska lepas dia setahun. Kebetulan pulak ada taska baru bukak kat presint 11 tu. Start operasi semalam, 1 September. Memang just nice la sebab mak aku pun start operasi kedai 1 September. So takde la pening-pening nak cari taska. Mak aku pun senang hati la nak operasi kedai dia. Nampak tak Allah permudahkan kerja aku. Alhamdulilah. Tapi aku start hantar hari ni. Semalam petang bawak Mel pergi daftar. Ingatkan dia takut. Sekali nye tak heran pun dia. Aku letak je, terus dia tegur sorg budak tu ajak main. Berlari-lari dalam taska tu sampai takmo balik. Pheww lega aku. Tapi Mel ni dia memang jenis tak kisah. Kalau aku takde, dia main je sorang-sorang dia. Pandai bawak diri macam ayah dia. Nasib baik yang ni dia ikut perangai ayah dia. Kalau ikut perangai mummy jenis tak reti bawak diri, pengsan la aku ade drama air mata tiap pagi nak hantar ke taska. 

Pagi tadi hantar pun elok je dia tak menangis. Tapi time keluar tu, aku tak bagi dia nampak. Suruh dia pergi main, pastu bila dia leka terus aku blah. Tak tau la lepas tu apa cerita. Harap dia ok la. Harap cikgu-cikgu kat taska pun ok la jugak. Risau sebenarnya hantar anak ke taska. Ko tau le memacam kes kat taska sekarang ni. Tapi nak buat cemana kan, tawakkal je . Aku cuma boleh berdoa semoga Allah pelihara anak aku kat sana. Harap-harap taska tu pun boleh la jaga anak aku aku elok-elok.

Sebenarnya aku tak risau sgt Mel pergi taska ni sebab dia memang pandai bawak diri. Lagi la ada ramai budak-budak kat situ. Leka la dia main je nanti. Cuma yang aku risau sebab Mel kan tak hisap botol. Lepas tu dia tu susah sket nak tido kalau takde nenen or buai. Boleh tido tanpa buai, tapi memang amek masa. Silap-silap tak tido si Mel ni nanti. Masa mak aku jaga pun, mak aku cakap Mel kalau tido pun sekejap je. Dalam setengah jam, Pastu susah nak tido balik. Pasal susu tu, aku still akan berulang ke taska tengahari tuk susukan dia. So tak risau sgt la. Mel pun kalau datang angin dia, dia minum je botol. Susu pun aku bagi sekali. Kot la tiba-tiba dia nak bila tengok semua hisap botol kan. Apapun aku harap semuanya ok la kat taska tu.

Tak sampai hati pulak nak kejut pagi tadi.
Tapi takkan la nak hantar anak ke taska masam-masam camni kan.



Kejut jugak la kasi dia main-main segar biji mata dulu.
Mel muka gembira je tak tau nak kena tinggal kat taska hari ni. Hihi


Mel kat taska. Budak lelaki tu kawan baru Mel. Suka Mel kawan ngan dia.

3 comments:

  1. plan next year nk hantar thaqif pergi taska jugak.just let him be friends with other kids too tapi atok macam kasi hint suruh batalkan niat ibu plak ni.haish.payah.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bagus sebenarnya hantar taska ni kan sebab dia boleh mingle around. both my kids atok nenek yang jaga , sudahnya penakut orang -,-. now yang abang baru belajar nak lambai kawan lah apa lah tapi mommy dia insecure sangat tak bagi keluar takut dia jatuh. hahaha. macam mana lah nak masuk pre school nanti T_T. btw, all the best Mel :)

      Delete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..