Tuesday, September 15, 2015

Melissa First Pool.

Sabtu lepas ada function kat Primaland, Port Dickson. So berkesempatan la aku bawak si Mel mandi kolam. Sebelum ni Mel memang tak pernah mandi kolam. Aku tak pernah bawak sebab Mel kecik lagi. Lagipun kolam tu bukannya bersih sangat. Dengan banyak orang kencing dalam tu, klorin lagi. So aku pun malas nak bawak. Tapi disebabkan kat Primaland tu dah ada kolam sebesar alam, so moh la kita Mel. Mummy bawak awak mandi kolam. 

Happy Mel.

Bawak turun kolam pakai baju biasa je sebab mummy ada telematch. Tak decide pun nak mandi kolam petang tu. Tapi bila lalu sebelah kolam tu, si Mel dah tergedik-gedik nak terjun kolam. Menangis-nangis nak masuk dalam tu. Haih, nak tak nak terpaksalah ayah bawak Mel mandi kolam. Mummy memang tak berani la, sebab mummy tak pandai berenang. Mummy pun kalau mandi kolam, dok tebing-tebing je. Tak pernah pegi tengah. Takut lemas. Hahaha. 

Tengok la tu bukan dia takut pun. 


 

 Seronok ye.

 
Video Mel mandi kolam.

Punya la seronok si Mel dapat mandi kolam. Takmo keluar dari kolam sampai kecut-kecut badan. Bila bawak naik, mengigil-gigil sejuk. Tapi gigih lagi nak terjun kolam tu. Last-last penat dengan sendirinya.

 Terlentok terus

Malam tu terus demam si Mel. Ikut mummy pergi dinner pun tido je. Malam tu ade dinner tema arabian. Gigih la aku gi cari baju semata-mana nak mengikut tema. Malam jumaat tu baru terhegeh cari baju. Dlm almari aku mana la ada baju ala-ala arabian ni. Jubah ade la. Jubah biasa sangat. Sekali sekala nak jugak malaram. Hikhik. So bertukar la mummy menjadi cleopatra malam tu. Cleopatra - the mummy. Eh mcm sinonim pulak. 



 Mekap biasa je. Nak buat cat eye tapi tak reti. Cleopatra jawa namanya ni.

Mummy baju pinjam, ayah baju pinjam, Mel pun pinjam baju Pael. Huhahaha.
Boleh la, janji arabian katanya.

Ok tu je la citer hujung minggu aku. Esok cuti Hari Malaysia. Selamat bercuti uols! Dok dalam rumah je, jangan keluar. Jerebu ni. Hehehe.

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..