Tuesday, October 20, 2015

Gelagat Mel Kat Taska.

I was always wonder what Mel's doing when she goes to taska. I thought kat taska tu mestilah dia makan tido je kan. Sekali malam kelmarin saje-saje la dok belek FB Taska Mel tu. Oooo, rupanya cikgu dia ada share aktiviti budak-budak kat taska. Tak perasan pulak aku sebelum ni. Maybe tak keluar kat feeds FB aku agaknya. 

Tengok la tu si Mel, elok pulak dia duduk diam-diam kat kerusi tu. Dah la dia paling kecik kat situ. Gaya macam paham je apa cikgu cakap. Hihihi.

 Shhh..diam semua. Cikgu nak start kelas dah.

 Ni huruf apa anak-anak? 

 Boring la, bila mummy nak amek Mel ni.

 Ala, kenapa huruf H. Bagi la Mel huruf M for Mel.

 Eh semua dapat sama rupanya.

Ok, dah siap!

Ni nak tampal kat mana cikgu?

Hadoi, pening la saya cikgu.



Aku eksaited tengok gambar-gambar ni semua. Macam ni rupanya perasaan bila tengok anak belajar. Rasa seronok pulak. Tak sangka pulak Mel boleh follow apa yang cikgu dia cakap. Kiranya ada la menunjukkan minat nak belajar. Nak harapkan aku ni ha, selalu blur tak tau ajar apa kat anak. Ni pun baru nak start. Sejak join group Homeschooling kat FB, baru la dapat gambaran apa nak buat. Kalau tak manjang blur.



Ni pun sebab ada kawan Fb yang add dalam group ni. Best jugak la sebab banyak info aku dapat sejak join group ni. Tapi kadang-kadang stress jugak sebab tengok mommies kat situ semua hebat-hebat and kreatif. Tak terfollow dia buatnya. Tapi, aku cuba jugak la nak buat something utk Mel. Skr ni tgh usahakan nak buat Busy Book untuk Mel. Harap semangat tak putus di tengah jalan.

Contoh busy book.

4 comments:

  1. comel je mel belajar.. moga jdi ank yg baik sayang..

    ReplyDelete
  2. kreatifnya Busy Book tu.. mencabarnya jadi mak mak sekarang. hahaha

    ReplyDelete
  3. Hi saya pon ada join jgak Fb HSGS..:)
    akudiadangarageblogspot.com

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..