Tuesday, October 6, 2015

Lazada Shopping Haul.


Minggu lepas dalam group whatsapp Mommy Blogger ada share pasal pampers murah kat Lazada ni. Sebelum ni pun ada jugak org share pampers murah kat Tesco. Tapi sebab Mel tak pakai pampers ni, so aku tak amek port la. Tapi rajin jugak la aku bukak website Lazada tu sebab suka tengok toys budak kat situ. Murah-murah gak la compare beli kat kedai or kat IG. So alang-alang dah bukak website Lazada tu, aku pun try la tengok pampers Drypers yang murah tu. Memang murah la weh. 3 pack yang ade 80 pcs pampers tu RM80 ++ je. Pastu boleh guna voucher lagi pulak dapat lagi diskaun 30% or maksimum RM30. Kalau kat tesco Rm79.90 untuk 3 pack ni. So kiranya Lazada lagi murah la kalau guna voucher code tu. Tapi voucher tu for new user la. Ha gigih la aku register emel baru kat Lazada tu. Hihihi. Beli jugak la pampers ni sebab murah. Selalu Mel pakai drypants or huggies pants tu sebab tau je la si Mel tu bukan reti nak dok diam. Nak pakaikan pampers je boleh gaduh. Sebab tu aku senang pakai yang pantz tu. Tapi skrg ni kena jimat cermat, terpaksalah la aku bertabah pakai kan Mel pampers macam ni. Yang penting murah. 

Tapi bukan tu je yang aku beli kat Lazada ni. Tetiba teringat scooter Mel hari tu aku tengok kat Aeon Big. Cam comel je scooter tu bila Mel naik. Tapi bila tengok rega nya mak oi, RM250++. Terus tak jadi beli.


video

Haha comel kan? Pastu scooter ni nant boleh edjust kalau Mel dah besar boleh tukar handle tu. Jadi cam scooter yang biasa budak-budak main tu. Aku try la tgk kat Lazada kot2 ada mende ni. Sekali ada weh! Harga lagi murah pulak. RM126 camtu harga nya kalau tak silap aku. Kalau guna voucher tu boleh dapat diskaun RM30. Hmm, terus tak fikir panjang, register emel baru and order ni pulak. Hihihi. Cam biasa la, mak yang over. Sejak dah pandai belikan toys anak ni, kemain asik nak beli toys je.


Nampak tak benda yang sama je sebenarnya tapi harga lagi murah kat Lazada tu. Nasib baik la tak gelojoh nak beli kat Aeon Big hari tu. Selamat duit aku. Eh tapi tak selamat mana pun sebab tetiba terbeli mende lain jugak.



Ha nampak? Tak memasal beli periuk belanga. Tak tau kenapa aku beli mende ni. Masak dah la malas tapi mengada beli periuk belanga. Sejak dah berevolusi menjadi makcik-makcik ni, selera shopping pun berubah dengan jayanya. Tetiba minat periuk belanga la, pinggan mangkuk la. Aku tak tau la harga ni kategori murah ke mahal tapi aku beli jugak la sebab stress pakai kuali n periuk yang melekat ni. Hope lepas dapat periuk kuali ni, mood memasak pun akan berubah jugak la. Maybe lepas ni rajin pulak memasak. Hihihi. Dalam mimpi la kot.

Btw, pampers n scooter Mel dah sampai. Ni yang aku suka Lazada ni, sebab delivery cepat. Scooter tu order hari khamis, jumaat dah dapat. Pampers order hari Jumaat, semalam dah sampai. Periuk order hari sabtu, hari ni insyaallah dapat. Best, tak payah tunggu lama-lama. Banyak lagi sebenarnya mende murah kat Lazada tu. Tapi skrg kena banned dulu website Lazada tu. Kalau tak, boleh bankrup dibuatnya.


1 comment:

  1. hahaha...pandai shopping... asal murah je. kat lazada tu kite xshopping pun diapers sebab baru lepas shopping kat 11street itu pun siap2 amek xl punya saiz since stok sebelum ni ada lagi 1kotak+1pack belum bukak.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..