Monday, October 19, 2015

Projek Bilik Mel

Aku ni sebelum ada anak lagi dah berangan nanti kalau ada anak, nak buat bilik anak cantik-cantik. Nak-nak pulak bila dapat pindah kuarters teres, bilik tido ada 4, so macam rugi kalau tak guna kan bilik-bilik tu. Nanti ada pulak yang 'tumpang'. Hihi. Tapi tu la, lepas Mel keluar, bayang-bayang bilik Mel pun tak nampak. Ni Mel dah setahun baru nak start. Maklumlah mummy duit tak berapa nak ramai, so beli barang pun sikit-sikit. Nak terus siapkan satu bilik, pengsan la mummy kau Mel. Lagipun Mel kecik lagi, bukan dia kisah pun ade bilik ke takde. Macam biasa la mummy yang over. Masa kecik mummy takde bilik sendiri, so bila dah ada anak, impian tu diturunkan ke anak pulak. Gituuu. Laki aku cakap membazir je nak buat bilik anak ni nanti dia tido dengan kita jugak. Eh tak kira la dia tido ngan kita ke tak. Yang penting dia ada bilik sendiri. Senang mummy nak sumbat semua barang-barang Mel dalam tu. 




Banyak lagi yang takde. Maklumlah beli sikit-sikit. Mula-mula beli drawer, pastu beli almari, pastu beli katil. Beli pun tunggu sale. Tu yang takde tilam lagi kat katil tu sebab nya nak tunggu ikea sale lagi. Mel pun belum tido dalam bilik dia, so tak beli lagi la tilam nya. Yang tu kemudian pun takpe.

Banyak lagi nak buat tu, langsir nak tukar. Carpet nak beli lain. Pastu nak gantung frame-frame and wall shelf lagi. Banyak kerja lagi rupanya. Pastu sticker watermelon tu aku rasa cam nak tukar lain pulak. Aku dah beli sticker cloud kat aliexpress. Semangat nak tampal sekali takde tangga pulak. Watermelon tu aku print sendiri je pastu tampal. Tapi tetiba rasa cam tak best pulak.

Nak tukar dengan sticker cloud ni.

Kononnya weekend smlm nak la setelkan semua nya. Tapi hampeh. Beria-ria ni pesan kat laki aku. Minggu ni by hook or crook, mesti siapkan bilik Mel. Tapi laki aku ade je alasannya. Penant la, ngantuk la. Pastu si kecik pun sibuk nak tolong aku mengemas.

 Dok melilau ke hulu ke hilir cari benda nak dibuat.


 Dua beranak ni konon nak tolong mummy, sekali sepah yang dibuat nya.


 Dok mengetest kasut pulak


Budak bertuah Mel ni semua benda nak dibuang dalam tong sampah.

Ada sekali tu aku dah siapkan baju dia nak pakai lepas mandi. Aku letak la atas katil dulu. Lepas mandikan dia, dah pakai kan pampers semua, aku gi la bilik air kejap nak tutup lampu. Sekali kuar bilik air dok cari-cari baju si Mel tak jumpa-jumpa. Puas aku cari. Selalu nya memang aku tau si Mel suka main, tapi biasanya mesti ada kat mana-mana. Ni cari-cari tak jumpa. Last-last amek baju lain pakai kan kat dia. Rupanya esok tu aku jumpa baju tu dalam tong sampah. Bertuah punya budak. 



Kesudahannya tak berjaya lagi nak siapkan bilik Mel. Mampu kemas kan baju-baju je dalam drawer and almari tu. Tunggu la next weekend pulak. Buat sementara ni mummy sekodeng dulu bilik-bilik cantik kat pinterest. Nak cedok idea sket-sket. Nak buat bilik Mel ala-ala scandinavian style. Aku suka scandinavian style sebab simple yet cantik dan kemas. 


Cantik kan? Spice rack ikea ni spray color camni, jadi cantik terus. Memang dah aim nak beli spice rack ni. Pastu boleh la letak buku-buku Mel kat situ. Peg board tu pun aku dah ada contact kalau nak tempah. Yang ni aku plan nak buat kat ruang depan katil Mel tu. Nak letak peg board ni and meja tulis ikea kat situ.

Ikea spice rack. RM12.90 je.
Meja tulis RM99.
Beli dua ni pastu spray color-color pastel. Cantiknyeeeee. Takpe kita berangan dulu. Nanti siapkan sikit-sikit. Ni antara contoh-contoh bilik yang berkenan di hatiku...





Tunggu la Mel, insyaallah tahun ni jugak mummy siapkan bilik Mel ye.

8 comments:

  1. ala...comel².. tina ingat nk deco bilik tu tanpa katil, buh tilam je.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. comel nya..nth bila nak siap bilik anak

    ReplyDelete
  3. cun2.. pastu tlg deco bilik aku pulak ye :D

    ReplyDelete
  4. selalu berangan nak ada bilik cntik utk anak mcm ni,tapi ampun kan daya tak sempat nak mengemas hu hua..xpe azam tahun 2016..gambatee

    ReplyDelete
  5. salam..peg board tu beli mana ye??dh lama cari

    ReplyDelete
  6. Salam..sy pun cari peg board.. Mana nak beli ye sis.

    ReplyDelete
  7. Salam sis
    Boleh saya dapatkan contact number utk beli pegboard?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..