Thursday, March 5, 2015

Update Mac 2015.

Sape nak bertanggungjawab ni?

Amboi lama tak update, sekali update gambar kain bersepah yang ko upload ye? Ha, tu simbolik kepada kehidpuan aku yang maha busy sekarang. Ceh, bunyi macam ada bisnes juta-juta je nak busy bagai. Hihihi. Takde la busy mana, cuma x sempat je nak berkemas. Asal aku start je nak berkemas, si Mel dah mendahului aku. Aku lipat dia kirai. Aku lipat dia kirai. Last-last humban je la kat sini. Nampak tak apa jadi dengan playard Mel. Macam aku ckp dalam entry lepas, silap-silap hari bulan jadi tempat aku letak kain je playard Mel tu. Ha, dah jadi kenyataan pun. Hihi. Tapi ni bukan sengaja tau. Kebetulan masa adik aku tunang hari tu, kitaorang bawak naik playard ni ke atas. Pastu malas nak bawak turun balik sebab nanti bulan 4 nak kenduri lagi. Koser la aku nak angkut naik turun. Tunggu la lepas kenduri kawen nanti. Dah setel semua baru kemas. Ye ke? Tungguuuuuuu! Hiks.

Ok, setelah 2 bulan tak update blog, apa yang aku nak update ni. Hmm. Maybe ada yang dah tau, mak mertua aku meninggal 21 Januari hari tu. Ramai jugak yang tak tau kot. Aku memang tak update apa-apa dalam FB or kat mana-mana laman sosial pun. Start dari arwah sakit hari tu. Ikutkan arwah mak mertua aku memang sakit. Kencing manis dan buah pinggang. Buat dialisis 3 kali seminggu. Tapi sebelum ni arwah ok je. Cuma penghujung tahun 2014 hari tu dia start effect jantung. Ade la 3-4 kali ulang alik IJN. Doctor cakap jantung arwah dah tak kuat. Dan memang dah tertulis, tanggal 21 Januari arwah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Alhamdulilah, Allah pemudahkan semuanya. Arwah sakit pun tak lama. Kami semua redha dengan pemergiannya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkan beliau di kalangan orang beriman. Amin.

Then 21 Februari hari tu birthday aku yang ke 25. Hikss. Tapi tak celebrate apa-apa pun. Masih dalam mood berkabung. 21 Februari tu jugak Mel dah genap 8 bulan. Seriusly aku tak terasa pun yang Mel dah 8 bulan. Cepatnyaaaaaa masa berlalu. Tapi update Mel nanti la aku update dalam blog satu lagi. Banyak sangat nak update pasal Mel ni. Kang muntah hijau pulak korang baca. Macam ko sorang je ada anak. Hahahaha.Tapi tu la takut banyak dah lupa. Rugi sangat rasanya tak update perkembangan Mel. Takpelah slow-slow aku update. Right now i really need tu restructure my life. Dah tunggang langgang sangat ni. Jadual tido tunggang langgang. Jadual makan berterabur. Jadual kemas rumah pun tah kemana. Tau je la aku ni, bila hidup tunggang langgang, mula la nak stress. Bila stress nanti laki aku dengan Mel jadi mangsa. I'm a momster gitew. Hiks. So now slow-slow la buat jadual baru. Biar nampak la hidup tu teratur sket. 

Ok la, till we meet again in next entry! Nah belanja gambar Mel satu.