Thursday, April 30, 2015

Kisah Mel dan Carseat.

Cerita pasal carseat ni, aku akui aku adalah salah sorang mak yang tak begitu alert dengan keselamatan anak di dalam kereta. Aku pernah je sambil drive susukan anak, and i am not proud of it. Sebelum ada anak, aku pernah berjanji kat diri sendiri konon nanti takkan buat macam tu bila ada anak nanti. Bila tengok celebriti macam Nana Af yang berjaya didik anak-anak dia duduk dalam carseat, lagi la buat aku semangat nak didik anak aku macam tu jugak. Hakikatnyaaaaa, tak semudah yang disangka ye dan pada permulaan nya aku dikira gagal nak didik anak duduk dalam carseat tu. Huwaaaaaa.

Ok throwback masa mula-mula aku nak beli carseat. Aku beli carseat Mel, lepas aku habis pantang sebab masa tu fikir nanti nak hantar Mel kat rumah mak aku kat presint 11. Jauh jugak tu dari presint 11 ke presint 15 tu. Takkan la aku nak pangku je kan. So beli la carseat ni. Tak nyempat-nyempat ajak laki aku pergi Jusco jam jam tu jugak. Biasalah aku kan, kalau dah nak tu kena time tu jugak pergi beli. Carseat pilihan aku yang ni ha ; 


 Sweet Cherry Omni Guard

Aku pilih carseat ni sebab 1. Murah, 2. Boleh pakai dari newborn up to 4y. Laki aku mula-mula soh beli carrier je. Murah sket. Dalam RM100 je. Malas la aku nak beli carrier. Pastu kang Mel dah besar kena beli car seat pulak. So beli ni je senang. Mula-mula beli tu, aku blur tak tau nak guna camne carseat ni. Hahaha. Main boh je dalam kereta. Dengan tak pakai kan carseat ni seat belt. Pastu letak Mel pun, main letak je gitu tak buckle up pun. Tah pape tah, baik tak payah pakai car seat. Serupa je bahayanya. Tapi masa tu Mel kecik lagi. Letak dalam tu pun dia diam je tak boleh gerak-gerak. Paling kuat menangis je. Tu pun aku tak tahan dengar dia menangis, amek jugak la pangku n tetekkan. Haih.

 Mel masa mula-mula dok dalam car seat. 17/7/2014. Siap letak bantal kecik kat bawah tu.
Masa ni ok la dia dok diam-diam je dalam tu. Tak tau pape lagi. 





Masa ni semua ok lagi sebab masa ni Mel banyak tido. Letak dalam tu pun dia diam je. Aku still boleh drive dengan tenang sebab dia tak boleh gerak-gerak or pusing. Tapi, makin hari makin besar, makin banyak pulak akal dia. Masa ni la aku dah start stress. First time Mel melalak dengan jayanya dalam kereta, masa aku gi hantar laki aku kat Cheras. Selalu bawak dia dekat-dekat je, takat dalam Putrajaya je. Ade sekali tu, jauh sket ke Cheras. Mel ni kalau dia tido ok la. Tapi kalau dia nangis, pedih telinga aku dengar dia melalak. Jenis suara nyaring. Pastu nangis macam dah habis nafas. Aku pulak masa tu drive kat highway. Celah mana nak berenti. Memang rasa nak menangis sama jugak masa tu.

Ha tengok sendiri camne dia nangis. 

Takkan aku nak biarkan dia nangis lama-lama camtu kan. Hati mak, mana la tahan nak tgk anak nangis. Last-last aku berenti jugak kat stesen minyak, pangku dan tetekkan dia. Masa ni pun ok lagi, sebab dia dok diam je masa tetekkan tu. Kecik lagi kan, baru 2 bulan masa tu. So boleh lagi aku nak pegang sebelah tangan, n sebelah lagi pegang stereng.

Tapi dah lama-lama Mel dah makin lasak dan makin banyak akal. Masa ni la aku punya tahap kesabaran aku semakin menipis. Pernah sekali aku balik dalam keadaan mengamuk-ngamuk kat laki aku sbb aku stress. Hahahhaah. Before tu kitaorang buat camni ; weekend laki aku akan parking motor kat rumah mak aku. Then weekdays tu, nak pergi kerja, kitaorang akan sama-sama naik kereta pergi rumah mak aku then laki aku akan pergi kerja dari rumah mak aku. Balik pun camtu jugak. Kiranya sama-sama la pegi amek dan hantar anak. Laki aku drive, aku boleh pegang Mel. Tapi bila buat camni, macam susahkan laki aku jugak la sebab dia masuk kerja kul 7.30. Kitaorang pulak kadang-kadang kul 7 baru nak keluar dari rumah. Kul 7.30 baru sampai rumah mak aku. So memang hari-hari la laki aku lambat sampai office. Tapi masa tu aku ckp kat dia, dah sama-sama punya anak, so sama-sama pergi hantar n amek. Perkara lain tu sendiri ejas nak camne. Aku xnk amek tau. Wah, kejam tul bini. Hihihi. Ye la, dia nak senang je, mana boleh kan. Kena la sama-sama susah. Sape soh dia masuk kul 7.30. Boleh je nak masuk kul 8 ke, 8.30 ke kan. 

Kiranya rutin kitaorang tu berlangsung la lebih kurang sebulan dua. Tapi lama-lama cam kesian pulak kat laki aku (tengok, asik bini je kesian kat laki..laki bila nak kesian kat bini?). Aku cakap takpelah aku gi sendiri je hantar Mel. Tak payah la dia susah-susah ikut skali. Tapi, dengan syarat tiap pagi dia yang kena siapkan Mel. Mandikan pe semua. (sampai skrg tiap pagi laki aku yang siapkan Mel). Ye la, aku ni nak mekap lagi nak pakai tudung lagi. Kang lambat dibuatnya. So start dari hari tu aku je la yang gi hantar n amek Mel. Dan setiap hari jugak aku akan balik dalam keadaan yang tertekan.

Mau tak tertekan kalau macam ni peel Mel dalam kereta.






Memang macam ni la keadaan Mel hari-hari bila travel dalam kereta dengan aku. Mau nya aku tak stress. Masa ni Mel dah pandai merangkak n berdiri. Memang takde la dia nak dok diam-diam dalam tu. Dia suka nak tengok jalan. Pastu suka sangat main kat dashboard radio tu semua. Aku pulak stress sebab nak marah dia, dia bukan paham lagi. Pastu Mel pulak takmo dok diam-diam.

Sampai lah satu hari agaknya Allah nak bukak mata adan fikiran aku. Masa ni la baru aku terfikir camne nak bagi Mel dok diam dalam carseat dia tu. First thing aku pusingkan carseat tu bagi front facing. Before this rear facing. Baca dalam buku panduan, soh rear facing kalau letak carseat kat depan. Kalau kat belakang, baru boleh front facing. Tapi rear facing tu bukan untuk kereta yang ada airbag kat depan ke? Kereta aku takde. Hmm entahlah, aku pun follow buku panduan tu je. Masa ni aku terfikir, mungkin kalau aku front facing carseat ni, boleh distract perhatian Mel. Supaya dia leka tengok pemandangan, so takde lah meronta-ronta dalam carseat tu. Malangnya percubaan pertama gagal. Belum nak buckle up lagi dia dah meronta-ronta. Tapi aku biarkan je. Sambil-sambil tu bagi la dia pegang apa-apa.

Esoknya baru la aku terfikir nak bagi Mel layan youtube masa aku drive. Actually kat kereta aku memang aku dah pasang phone holder tuk aku letak phone kalau drive sambil waze. Tapi sebelum ni tak terfikir pulak kaedah tu. And yang sebenarnya aku tak pernah pun bagi Mel tengok youtube kat hp sebelum ni. Bukan tak nak bagi tengok, tapi tak terfikir langsung pun masa tu. Tak tau pulak budak-budak suka tgk video kat youtube. Naifnya daku. Huhuhu. Rupanya budak-budak memang suka tgk video kat youtube tu. Aku pasangkan video baby songs tu, Mel leka je tengok. Sepanjang perjalanan tu dia diam je tengok video tu. Kadang-kadang aku pasangkan video upin ipin. Memang sejak hari tu, baru la tenang sket jiwa aku nak drive. Kalau tak, setiap hari balik dalam keadaan stress. Orang lain balik kerja stress sebab jammed. Aku stress sebab nak pegang anak. Hahaha. And now problem dah solve. 


Tengok la betapa seriusnya Mel tengok upin ipin.

And now setiap pagi dan petang akan berkumandang la baby songs di dalam kereta aku. Sampai aku pun dah naik hapal semua lagu-lagu tu. Lagu favourite aku 'head shoulders knees and toes knees and toes'. Memang lagu ni je la dalam kepala aku skrg ni. Nak wat cemana, anak punya pasal. Setakat ni Mel boleh layan lagi la semua tu. AKu tak tau sampai bila dia akan bertahan. Dah dekat sebulan lebih dah hari-hari dok pasang baby song tu. Tak tau la nanti kot dia bosan. Tapi skrg aku ada dua option. Kasi Mel tengok youtube or bagi makanan kat dia. Bagi la dia pegang biskut ke, buah ke. Nanti dia leka la dengan makanan tu. Tapi ada masa jugak kalau dia bad mood, dia meronta-ronta jugak.

But the best part is, now Mel macam dah paham. Kalau naik kereta, mesti kena duduk dalam car seat. Kalau dulu belum sempat letak dalam car seat tu dia dah meronta-ronta macam kena dera. Tapi sekarang dah takde dah. Aku nak pasangkan seatbelt pun dia diam je. Kiranya boleh la aku letak dia elok-elok dalam tu. Kalau tak, memang bersilat la aku setiap kali nak naik kereta. Memang aku sanggup tak pegi mana-mana kalau laki aku takde. Mel ni punya lasak, sampai tahap aku lagi rela drive dari pegang dia. Kadang tu, aku soh laki aku yang pegang. Biar aku drive. Penat weh. Tapi sekarang kalau gi mana-mana even sorang ade untuk pegang dia, aku tetap letakkan dalam carseat. Lega sket. Tapi before tu kena la bagi dia susu kenyang-kenyang. Kiranya kalau jalan jauh takde la sepanjang perjalanan tu aku kena pegang dia. Boleh la letak dalam car seat tu. Mel pun dah bolej tertidur sendiri dalam car seat tu. Biasanya time nak hantar tu yang dia suka tido. Pagi-pagi mengantuk agaknya.

Yang penting, sebelum travel mesti susukan dia kenyang-kenyang, telefon aku kena ada video cerita kartun or baby song and standby biskut. Baru la perjalanan aku akan berjalan lancar gitewww. Mel dah 10 bln baru la aku jumpa solution tuk masalah ni. Maklumlah first time mummy. But now i'm a happy mommy. Takde dah stress setiap kali nak hantar dan amek Mel. Hihihi. 





Gitu la kisah perjuangan seorang mak nak mengajar anak nya duduk car seat. Hahahaha dramatik betul. Orang lain leklek je. Mummy kau je menggelabah Mel. Hiksss. Anak korang camne? Ok ke dok dalam car seat?





Wednesday, April 29, 2015

My Sister Wedding

Ok hari ni nak cerita pasal wedding adik aku yang baru berlangsung Sabtu lepas. Ni kali kedua kenduri kawen buat kat rumah aku. First time masa adik aku Ain kawen. Tahun 2012. Kali ni adik aku Eda pulak. Berapa banyak daa adik beradik. Sampai orang pun konpius, ko ni berapa banyak adik beradik. Hahaha. Adik beradik aku ada 7 orang. Sorang lelaki yakni abang aku yang sulung. Aku yang nombor 2. Kat bawah aku ada 5 orang adik lagi yang semuanya perempuan. 3 dah kawen termasuk yang baru ni. Tinggal lagi 2 orang yang masih sekolah. Sorang tingkatan 5, sorang darjah 6. Ha yang dua orang ni tak tau bila nak kawen. Eh perlu pulak aku nak citer salasilah keluarga aku kat sini. Hihihi. Saje je buat pengetahuan korang.

Masa adik aku Ain tu kawen, aku takde citer ek dalam blog. Lupa pulak. Takpelah, dah lama malas nak citer. Masa adik aku yang Ain tu kawen, ade prob dengan dia punya catering. Aku cam dah draft dalam blog tp tak update pulak. Ah biar la. Mende dah lama. Citer yang baru ni je la. Memandangkan rumah aku besar dan dapat end lot pulak tu, so kenduri buat kat rumah aku je. Mak aku dok apartment je, kat celah mana nak buat. So rumah aku la venue yang strategik sekali. Lagipun semua adik beradik aku kan dah dok Putrajaya ni. Senang nak buat preparation. Tapi nak prepape apa pun, semua pakai catering. Bayo je, pastu tunggu je la catering datang.

Event kali ni dikira sukses. Kenduri kawen ni yang penting makan kena sedap. Alhamdulilah kali ni, catering memang superb. Boleh katakan semua yang datang tu puji makanan sedap. Memang sedap pun, aku sendiri tambah makan bape kali. Hahaha. Memang aku pun puji la catering ni. Makanan sedap dan servis terbaik. Sape-sape yang cari catering tuk kenduri boleh la google D' Intan Collection. Dia buat sekali pelamin mekap semua. Tapi adik aku tak amek la semua tu. Dia amek catering je. Pelamin n baju dia tu, dari Zaifie Zainal. Kot-kot la ada yang nak nak tau.

Wedding kali ni, abang aku je yang takde coz anak dia tiba-tiba pulak warded. Anak dia jatuh katil sampai biru-biru muka dia. Abang aku ni dok Melaka. Anak masuk hospital kat Melaka. Tak dan nak datang. Takpelah, janji event selesai dengan sempurna. Layan gambar je la. Tapi gambar tak banyak pun coz aku sekarang kedekut nak share gambar. Malas nak transfer from phone. Lagipun wedding adik aku, dia pun ada blog. Biar lah dia yang update cerita kawen dia. Aku update sket-sket je. Hehe.

Ni pelamin. Buat kat luar je sebab dalam rumah sempit. Tak muat pelamin ni nanti. 

Dah selamat menikah. Boleh tak aku tak tengok masa diorang nikah. Sebab masa nikah ni aku pun sibuk-sibuk soh MUA pengantin ni aku mekapkan aku sekali. Sekali lepas aku aku siap mekap, turun bawah tengok dah selesai. Cissss. Pantas gile. Tak nyempat-nyempat. Tau-tau dah selamat menikah.

Ni la pengantin nya.

Ni je ahli keluarga aku yang ada.  Family abang aku pulak tak dapat dtg. Yang lain-lain tak dapat dikesan masa nak bergambo.

Ni la adik beradik aku yang pompuan. Adik aku yang bongsu takde dalam pic sebab dia dah tukar baju, pastu takmo bergambo. Aku yang no 2, sebelah aku no 5, yang tudung coklat tu no 3, sebelah dia tu no 6. Yang kawen tu no 4. Ha pening tak? Hihihi. Tinggal lagi 2 org je belum kawen. Yang kanan sekali tu dengan yang takde dlm gambo. Lambat lagi kot dua org ni. Sekolah pun tak abes lagi.


Ok tu je gambar yang ada dalam simpanan aku. Selamat pengantin baru untuk adik aku Nur Hidayah Isa & welcome to our family untuk suaminya, Hasrol Nizam.




Tuesday, April 21, 2015

Transformasi.

Blog aku dah kena buat tarnsformasi besar-besaran ni. Umur dah 30 an dengan anak sorang, rasanya dah tak sesuai dah banner blog aku kat atas. Dengan colorfulnya, gambo zaman jahiliah, siap ada kereta pink. Bajet comel? Phuiiii! Kena la tukar selari dengan umur dan kematangan giteww. Ye dak? Hihi. Siapa ada contact orang yang boleh buat layout blog? Bagi kat aku. Malas la nak edit sendiri. Thank you in advance.

Thursday, April 9, 2015

9 Bulan

Hari ni Mel dah 9 bulan, 2 minggu dan 19 hari. Kejap nya masa berlalu. Aku pun tak sedar anak aku semakin hari semakin membesar. Ye la, takkan la semakin hari semakin kecik kan. Hihihi.

Alhamdulilah setakat ni Mel membesar dengan sihat. Ni antara perkembangan Mel bila dah masuk 9 bulan ; (sama je macam baby lain)

# Merangkak dah kemain laju. Kalau dulu gear 2 je, sekarang kemain siap turbo lagi. 

# Dah mula menapak. Dapat la setapak dua. Pastu dah malas. Tapi, sekarang dia dah pandai panjant tangga. Hari tu mengucap panjang aku aku tengok dia naik sampai 3 anak tangga. Pastu duduk kat tebing-tebing anak tangga tu. Nasib baik la aku cepat perasan. Kalau tak -___- . Aku dah takut macam apa, si Mel boleh gelak-gelak bersuka ria.

# Gigi dah tumbuh sebatang, belah bawah. Mak aku yang perasan gigi dia dah tumbuh. Lambat sikit anak aku tumbuh gigi. Orang kata kalau budak cepat duduk dan merangkak, nanti lambat tumbuh gigi. Ye la kot sebab Mel cepat merangkak. Now dah nak berjalan dah.

# Mel masih reject botol. Believe it or not, aku still lagi ulang alik dr office ke rumah semata-mata untuk menyusukan Mel. 9 bulan without failed. Huhuhu. Kagum dengan ketabahan diri sendiri. Memang aku dah takde dah lunch life. Takde dah time lunch nak merewang ke Alamanda ke IOI ke. Tengahari je kena balik rumah. Sekarang ni aku cuma balik time lunch hour je la. Kul 10 tak balik. Kalau dulu, curi-curi gak time kul 10 balik. Pastu kang kul 3 balik lagi. Memang pengsan la weh. Mel dah start makan je aku kurang la balik. Tapi still kena balik jugak la, kalau tak memang kehausan la anak aku.

# Budak kuat makan. Pantang tengok orang ada makanan, cepat je kejo. Kalau aku buat bubur dia, elok la tunggu bubur tu sejuk atau dah tak panas baru boleh tunjuk kat dia. Sebabnya Mel ni kalau tengok aku bawak mangkuk bubur dia je, dia dah menggelupur. Lambat je suap kat dia, memang mengaruk la dia. Ikut perangai apak dia la ni kuat makan. Pernah sekali tu, si Pael makan apa tah. Pastu Mel ni mengecek la nak jugak apa yang pael makan. Dia korek2 la mulut n muka org tu sampai pael menangis. Elok je Pael menangis dengan mulut ternganga, cepat-cepat Mel rembat makanan dalam mulut Pael. Ya ampun. Sabo je la aku dengan perangai anak aku ni. 

# Disebabkan kuat makan dan macam macam-macam benda, Mel kena sembelit hari tu. Umur 9 bulan kena sembelit. Kesian pulak aku tengok. Patutlah masa tu dia asik moody je. Aku ingatkan nape la, rupanya sakit perut sembelit. Ade sekali tu sampai mengangis-nangis sebab taik tersekat kat bontot. Mana tak sembelit, makan banyak tapi minum kurang. Ye la, susu dapat pagi tengahari dengan malam je. Minum air masak pun ikut mood dia. Susu formula langsung tak nak. Sekarang ni, aku rajin kasi buah kat Mel. Kasi buah tembikai sebab tembikai kan banyak air. Alhamdulilah dah ok dah. Takde la sembelit teruk cam hari tu. Panik jugak la aku tak tau nak wat apa masa Mel sembelit hari tu.

# Malam senang tido. Biasanya kul 10-11 memang dah masuk waktu tido dia. Jarang la dia berjaga malam. Kalau bangun pun cari tetek. Sumbat je tetek, terus tido balik sampai pagi. Bangun pagi pun takde masalah. Biasanya kalau dia bangun sendiri, nanti dia buat hal sendiri. Main sorang-sorang. Dah haus baru cari aku.

# Dah pandai minum pakai strawt. Ok, ni baru dapat semalam. Mak aku bg tau Mel dah boleh sedut pakai straw. Yay! Senang la lepas ni nak bagi minum. Tapi tak berapa nak pandai sangat lagi sebab dia akan sedut sekali banyak. Pastu kang melimpah-limpah air tu keluar.

 # Dah pandai lambai dan tepuk tangan. Pantang orang cakap 'babai' je tangan dah terkembang-kembang.

# Dah boleh diam kalau duduk dalam carseat. Ha ni nnt aku citer lain entry la. Macam mana dari mula aku struggle nak boh dia dlm carseat. Now dah pandai. Tak merentan-rentan macam mula-mula dulu.










Wednesday, April 1, 2015

Hanjeng Betul.

Amboi, tajuk entry kemain lagi. Hihihi. Hari ni memang April Fool betul la bagi aku. Boleh tak pagi-pagi buta tadi aku dah wat senaman berat pecut 1000km sejam. Semuanya gara-gara anjing liar yang dok berkeliaran kat area rumah mak aku. Ya ampun, ni la first time aku kena kejar anjing. Memang cam bangang je rasanya.

Masa mula-mula turun bawah tu aku tak perasan pun anjing tu. Sekali dah nak sampai kereta, baru nampak anjing tu bukan main dok melengkor kat tepi pintu kereta aku. Alamakkkk!! Aku pulak dah terus kaget kat situ. Rupanya ada sekor lagi kat tepi jalan dok tajam je perhati aku. Apa lagi mata bertentang mata. Aku pulak nak bajet macho dok syoh syoh anjing tu. Sekali anjing tu bangunnnnn, terus nak terkam aku.. huwaaaaaaaa menjerit-jerit aku cam org meroyan sambil berlari sekuat hati. Siyes masa tu tak fikir apa dah. Aku dah terbayang anjing tu gigit bontot aku. Tidaakkkkkk!! Memang laju gile aku lari tak toleh kiri kanan dah. Nasib baik la baru lepas hantar Mel and nasib baik aku pakai selipar je. Bayangkan kalau aku tengah dukung Mel or pakai high heels. Mampossss. Celaka punya anjing. Pagi-pagi dah wat aku semput. Ikutkan aku x takut anjing tapi kalau dah dia dok sergah ko camtu, takkan nak diam ye dak? Haruslah angkat kaki pecut!! Anjing tadi pun boleh tahan besar nya. Nasib baik la lepas tu ada uncle tu baik hati tolong halaukan anjing tu. Heh, sabo jek la. 

Kat area umah mak aku memang ada masa-masa nya anjing akan berkeliaran kat situ. Tak tau mana datang. Dulu adik aku pernah kena kejar jugak. Masa tu dia still dalam pantang lagi. Menangis-nangis ko. Hahaha. Aku xdelah penakut sangat sampai nak nangis-nangis. Hihihi. Terkujat jek tadi.