Tuesday, August 25, 2015

Meroyan Nak Beli Katil Ikea.

Cujen dengan katil ikea berpisah tiada. Rasanya dua tahun lepas pun aku ade up pasal katil ikea kat blog ni. Tapi tu pasal katil aku. Kali ni katil Mel pulak. Kan aku ada update hari tu entry Ikea Sale tu. Aku update entry tu hari Rabu. Ikea Sale start Hari Khamis. Ikutkan hati pagi-pagi Khamis tu aku nak ajak laki aku pergi Ikea tapi laki aku kata jangan gelojoh. Tunggu petang. Kita pergi lepas balik kerja. Hmm ok, setuju je la. Aku fikir kalau nak pergi sorang2 kang sape pulak nak hangkut katil tu masuk keta kan. So bertabahlah tunggu petang hari. Tapi, aku call dulu Ikea pagi tu. Nak tanya stok dulu. Sebab semalam aku whatsapp Personal Shopper Ikea dia kata macam tak nampak katil tu. Ikea ni bukan betul. Kadang buat sale tapi brg yang sale tu takde. Mujur la aku call pagi tu berjawab. Petang samalam nya call langsung takde org jawab. Bila tanya stock, dia kata stok ada. Ada 43 unit lagi katil tu yang color putih. Hui, lega mendengarnya. Aku fikir, takkan la habis kan 43 unit tu dalam sehari. Lagipun hari kerja kan. Ramai orang dah shopping hari rabu tu preview sale tuk member. So aku senang hati tunggu petang baru nak pergi.

Petang tu balik rumah laju-laju. Siap-siap terus nak pergi Ikea. Kul 6.30 dah siap semua. Tunggu masa nak melangkah keluar je. Sebelum keluar kita selfie dulu.


Masa selfie tu dah terbayang dlm kepala otak, jap lagi nak update kat IG dengan caption "Ikea, here i comeeeee". Waaa semangat hokey. Malangnyaaaaaaaa, something happened. Huhuhu. At the moment aku nak melangkah keluar rumah sambil bukak Ig kat henpon, Personal Shopper Ikea tu whatsapp aku;


Nampak tak? Nampak tak tu?? Huhuhu..betapa luluhnya hati ku ketika itu. Nasib baik la aku belum melangkah keluar rumah lagi tu. And nasib baik belum update pic selfie "Ikea here i come" kat IG. Kalau tak sesia je. Huuuu, sedih tau! Si Mel pun dah beria dok dalam carseat dia. Sekali mummy tak jadi pergi. Huahahahaha. Kesian Mel. Eh apa pulak Mel, kesian Mummy tau.

Nasib baik la aku ada save no Personal Shopper Ikea. Gigih malam sebelum tu cari personal shopper ikea kat IG sebab nak suruh diorang tgkkan katil tu if ada lagi. Ye la, nak pergi jauh. Buatnya pergi barang takde macam kes ni ha, ko tak rasa aku boleh jadi Hulk kat situ? Hmmpsss! Nak harap call Ikea, tunggu nasib baik la kalau diorg jawab dah petang-petang camtu. Maka, tak jadi la pergi ke Ikea petang tu. Terpaksalah pergi Jumaat pagi tu sebab PS Ikea tu cakap Ikea akan release 36 pcs je katanya. 

Pagi Jumaat tu gigih jugak aku pergi Ikea. Gigih bawak Mel and amek laki aku kat office dia sebab nak paksa dia ikut. Kul 9 dah sampai sana. Ikea open kul 9.30. First time sampai Ikea awal camni. Sampai kena tunggu dulu kat lif baru boleh masuk. Ingatkan boleh je terus masuk. And ingatkan pergi pagi tak ramai la org. Tapi ramai jugak org. Cuma tak la sesak mcm selalu.

 Ha, nampak guard tu dok tunggu je kat esclator tu. 
(Mel muka busyuk br bangun tido)

Tepat kul 9.30 baru la guard tu on esclator tu. Tanpa berlengah, kami sekeluarga bergegas ke tempat yang dituju. Dah tak toleh-toleh dah tempat lain. Walaupun hati aku meronta tergedik-gedik nak tengok2 barang lain. Takpe, yang tu lain kali boleh pergi lagi. Mari lah kita selesaikan misi nan satu ni.

Bila sampai kat rak sepatutnya, luluh hati aku bila tengok katil yang color putih takde kat situ. Yang tinggal semua color hitam je. Huwaaaaaaaa! Sedih rasanya masa tu. Tapi tetap tak putus asa. Tanya staff Ikea tu, rupanya katil tu dia letak kat depan nak menghala ke kaunter tu. Serta merta hati aku berbunga riang bila nampak katil idaman hati.

 Seronok shopping kat Ikea kalau hari-hari camni lengang nya.

Tadaaaa. kat sini rupanya engkau menyorok ye.
Nampak tak tu tinggal berapa pcs je. Kalau lambat ni konpom habis.

Tanpa berlengah terus angkut letak atas troli.
Lega rasa hati.


Ok Mel. Jom kita gi bayar. Mummy bayar, Mel tolak troli ok.
Hihi





Urusan pembelian katil ni tak sampai 15 minit pun. Nampak jam kat dinding tu. Baru kul 9.45 pg. Wohoooo, memang dalam sejarah pergi Ikea beli barang amek masa 15 minit je. Kalau tak, nak masuk parking pun makan masa setengah jam tau. Alhamdulilah berjaya jugak dapat katil ni. Hehehe. Nasib baik muat masuk dalam myvi ku yang kecik tu.

Myvi yang berjasa kat aku. Sedar tak sedar dah 9 tahun pakai myvi ni. 
Dah bape kali myvi ni dok mengangkut barang2 Ikea yang aku beli.


Sebelum balik singgah beli karipap and makan Mcd. Then hantar laki aku balik semula ke opis. Aku pulak hantar Mel kat rumah mak, pastu pegi office. Sanggup ok semata-mata nak kan katil ni. Punya lah beria berebut macam kan takde hari esok. Huhuhu. Ye la, kalau lambat nanti takut habis, Pastu kang putih mata je tengok katil dah takde or back to normal price. Tapi kadang-kadang ikea ni pun dia buat gila. Kang tak lama lagi tetiba harga jatuh lagi murah. Harap-harap harga kekal camni supaya aku tak sakit hati. Hahaha.

Btw, Ikea sale dah habis 23hb tu. Tak sempat nak usha barang lain. Takpe lah, dapat beli katil Mel ni pun dah puas hati. Ikea pun nak kuar katalog baru tak lama lagi. Mana la tau kot-kot ada barang turun harga. Harap tilam untuk katil ni turun harga. Aku tak beli lagi tilam nya sebab mahal. Hihi. Tunggu sale lain nnt. Lagipun belum plan bila nak start bilik anak dara tu. Tengah nak get rid barang-barang tak guna dalam bilik tu. Antaranya almari besar ni


Almari ni ok lagi. Cuma pintu tu susah nak bukak dan besi laci ade yang tercabut. Aku nak sedekah je kat sape yang nak. Dah iklan dalam FB Group Komuniti Putrajaya. Ada yang nak. Tapi belum amek-amek lagi. Tunggu dia amek baru boleh nak kemas bilik Mel. Sementara ni kekal la camni dulu.

Tunggu ye Mel nanti mummy deco-deco bilik Mel cantik-cantik.

Thursday, August 20, 2015

Kisah Mel dan Ulat Gonggok.

Korang jangan tak tau, aku memang penggeli dengan ulat gonggok. Jangan kata ulat gonggok, segala binatang yang banyak kaki dan takde kaki ni memang la aku geli. Macam ulat gonggok, lipan, ular dan yang sewaktu dengan nya. Aku kalau tengok ulat gonggok lalu pun dah meremang tengkuk, jangan kata nak pegang. Hish, simpang malaikat 44 la jawabnya. Nak upah aku bagi RM1000 untuk pegang ulat gonggok pun aku takmau. Pernah sekali masa tu kitaorang satu family tengah tengok Tv dengan ruang tamu. Ni cerita zaman sekolah dulu. Masa aku sekolah menengah. Sekali masa dok tengok tv aku terasa la cam geli-geli kat kaki aku. Ingatkan ada semut ke lalu atas kaki aku sebab dia nye rasa cam tak rasa sangat. Sekali aku tengok, ulat gonggok dok melintas atas kaki aku!! Huawaaaaaaa, aku punya menjerit siap dengan menggelupur tu, aku rasa satu taman boleh dengar. Mak aku yang tengah tido tu pun menggelupur bangun terkejut macam dengar bom. Hahahaha. Jadi kesimpulannya, memang la aku sangat takut dengan ulat gonggok.

Tapi anak dara aku yang sorang ni punyalah dasyat, dia tak takut langsung dengan ulat gonggok. Korang jangan tak tau. Hari tu masa BBQ kat rumah member aku, boleh tak si Mel ni dia gi kutip ulat gonggok yang lalu tu. Bukan setakat kutip je weh, dah terbelah dua ulang gonggok tu dibuatnya. Ya Allah. Aku tak tau la nak gelak ke nak nangis. Tu pun nasib la kawan aku perasan. Kalau tak, entah-entah dah masuk dalam mulut dia dah ulat gonggok tu. Huuisssssshhhh aku membayangkan Mel pegang tu pun dah rasa geli geleman satu badan. Punya lah extreme anak aku ni ha. Tak padan dengan gegurl. Perangai mengalahkan jantan. 

Malangnya takde pulak gambar aku nak share kat sini. Aku tengok ulat gonggok tu dah terbelah dua pun, rasa kesian kat ulat gonggok tu. Tak sampai hati nak amek gambar. Hihihi. Haih la. Mel..Mel. Ade je pernagai dia. Sebab tu la kalau keluar jalan-jalan memang aku perati je si Mel ni. Risau dia kutip mende2 camni la. Nasib ulat gonggok. Kalau dia pegang ulat bulu? Ko rasa tak satu hal pulak kang gatal satu badan. Nasib baik jugak ade yang tolong buangkan ulat gonggok tu. Kalau nak harap aku, memang tak la. Geli wehhhhhhh! Ni aku google gambar ulat gonggok pun aku dah geli. Nak pitam pun ade tengok gambar tu semua.

Seram weh pic ni.

Kau mampu nak pegang ulat gonggok macam ni??????
Kalau ulat gonggok besar camni lalu kat kaki aku, mau aku pengsan 7 hari 7 malam.


Friday, August 14, 2015

Salam vs Amin.

Hi mommies.

Nak tanya mommies semua yang baca blog ni. Korang kalau ajar anak salam, korang cakap SALAM or AMIN? Mende ni dah lama bermain kat kepala aku, even sebelum aku ada anak lagi. Aku tak paham kenapa orang ajar anak salam tp sebut amin? Kat mana related nya salam dengan amin tu ek? Macam jauh sangat je bunyi nya.

Sebabnya aku ajar Mel salam dengan perkataan salam. Actually aku tak ajar pun. Tak tau la si Mel ni agaknya masa raya dia tengok orang dok salam-salam, tak lama lepas tu dia pandai sendiri je nak salam aku. Tapi aku akan cakap perkataan salam la kalau nak soh dia salam aku. But the problem is, ada setengah parents yang ajar anak salam dengan perkataan amin. So ada la time-time pegi rumah orang tu, bila suruh salam dia cakap amin kat Mel. Dah confused dah si Mel. Aku ajar Mel, salam tu means salam cium tangan and amin masa baca doa. Bila orang soh amin, nanti Mel tadah tangah nak doa. Hahaha. Kesian dia confused. But still otak aku masih tak boleh digest kaitan salam dengan amin. Kalau ckp mamam insted of makan tu, boleh jugak terima. Ni salam dengan amin. Tak kena langsung. Ke aku yang salah ajar anak? 

Aku kalau boleh nak ajar la perkataan yang betul untuk Mel. Sebab budak ni cepat tangkap. Kadang kita rasa dia tak paham, tapi sebenarnya dia paham apa yang kita ckp tu. Macam aku ajar Mel doa. Bukan aku, ayah dia yang ajar. Biasa lepas sembahyang, laki aku akan amek Mel dok ngan dia. Pastu soh dia tadah tangan sekali. Aku x expect pun dia akan paham. Tapi x lama lepas tu, bila aku bentang sejadah je dia akan automatic terus nak sujud. Buat-buat macam orang sembahyang. Pastu lepas dia nampak kita bagi salam habis solat tu, nnt dia datang dekat n tadah tangan. See, aku tak ajar pun yang sembahyang tu. Tapi sebab dia selalu tengok aku buat, then dia paham sendiri. Budak memang cepat mengikut, so penting untuk ajar perkataan yang betul. Pada aku tak salah nak guna perkataan manja cam contoh aku ckp tadi, mamam = makan. Sebab tak jauh sgt bunyi. Tapi kalau perkataan tu bawak maksud lain, aku rasa cam tak sesuai. But the choice is in ur hand. Ikut lah nak ajar anak macam mana pun. Jap lagi aku kena kecam pulak macam good2 je cujen nak ajar org. Hahaha. Ala, aku kadang2 pun ter mencarut jugak depan anak aku. Tapi harap-harap dia tek dengar apa yang aku carutkan tu. Heeehe.



Video Mel mula-mula pandai salam.

Thursday, August 13, 2015

Photoshoot Raya.

Raya nak habis dah tapi cerita raya aku tak habis-habis jugak. Hahaha. Ha ni rentetan dari photoshoot raya tak jadi yang aku cerita dalam entry raya lepas. Yang mahal nak mampus tu. Last-last dalam FB group Komuniti Putrajaya, ade orang iklan buat photoshoot raya kat white studio, RM50 je. Shoot and burn je la. Takde print and frame sekali. Takpe print gambar boleh beli kat Groupon. Banyak promo murah-murah kat situ.  

Aku booking slot hari sabtu 25/7. Pagi-pagi kul 10 dah standby sebab slot lain semua dah penuh. Ramai rupanya org nak amek gambar raya ni. Nasib baik studio nye dekat je dengan rumah. Kat pesint diplomatik tu. Sebelum kul 10 aku dah sampai. Semangat katanya. Photoshoot raya ni baru lah aku berkesempatan nak pakai baju raya yang beli kat Minaz tu. Patutnya baju ni aku pakai first day raya tu. Tapi disebabkan baju Mel tak siap, so tak jadi lah pakai. Dah seminggu raya baru nak pakai. Tu pun semata nak photoshoot je. Baju Mel, nenek dia siapkan malam sblm photoshoot tu. 

Kejap je photoshoot nye. Nasib baik abang photographer tu ok. Malangnya Mel pulak yang tak ok. Ko bayangkan dalam berpuluh-puluh gambar yang di shoot tu, takde satu pun gambar Mel senyum. Satu pun takde weh. Muka masam je semua. Haih, sabo je la. Aku ngan laki aku je beria.

Selfie dulu. Mummy dgn ayah je happy. Mel dengan muka 'tak kuasa aku' tu.

Sebelum photoshoot sebenar, bagi Mummy feeling2 hijabista kejap. Hikhik
Yang jari aku terlentik macam tu dah kenapa? Hahaha.
Masa edit baru perasan jari aku macam tu. 



Dah sudah feeling-feeling hijabista tak jadi, moh la kita ke photoshoot sebenar.


Dok siapkan Mel. Pakai kan headband terus mengamuk.
Nasib la gambar ko kepala gondol Mel.

 Tengok tu suruh senyum wat muka blur


 Ni pulak muka tak puas hati


Disebabkan Mel tak nak senyum, biar mummy ngan ayah je fefeling pengantin baru.


Ni pulak acah-acah mintak maaf. 


 Mummy wat pe tu?


 Dah la mummy, tak usah berlakon lagi.
Boleh nampak siapa paling beria?



Last sekali terus melalak dengan jayanya. Huwaaaaa. 


Ape la Mel ni, langsung tak bekerjasama tau. Puas tau nak bagi dia senyum. Langsung tak layan. Takde mood la tu agaknya sebab pagi-pagi dah kena paksa amek gambar. Hehe. Takpelah, janji ada gambar raya official. 

Lepas photoshoot, abg tu terus burn dalam CD semua pic tu. Raw format je. Edit-edit semua takde. Gambar aku upload pun semua tak edit. Malas. Masa nak print je, aku edit sket. Beli voucher kat groupon  je.


Murah kan? Aku pilih yang size 10' x 15' tu. Size A3. RM159 je. Dapat dua tau. Bukan satu je. Dua photo canvas size A3 RM159 je. Agak murah gak tu. Campur photoshoot RM50, total RM209 je. Kalau aku buat kat kedai gambar kat Selayang hari tu, dia charge RM300 ++. Dah la tu gambar dapat sekeping je. Soft copy pun ade sekeping gambar je. Yang aku buat tu berpuluh-puluh gambar. Pilih je nak print yang mana. Lepas beli voucher tu, terus aku submit order. Seminggu lepas tu siap dah gambar aku. Dah siap gantung pun kat dinding. Hehehe. Tapi lupa pulak nak amek pic. Nanti kalau ingat aku tepek sini.

So lepas ni, tahun-tahun akan datang aku photoshoot raya kat sini je. Kot-kot tahun depan beraya berempat pulak. Hihii. Insyaallah.

Ni sekeping gambar abang tu tolong editkan. Korang yang dok Putrajaya tu boleh la try tgk website dia tu kalau nak wat photoshoot white studio.

Thursday, August 6, 2015

Mini Melissa Murah

Ok, ni bukan nak cerita pasal anak aku. Ni pasal kasut Mini Melissa. Kebetulan nama pulak sama. Japgi orang ingat aku jual anak pulak. Hihihi. Korang yang tak tau pasal kasut Mini Melissa ni boleh la google.

Ceritanya camni, aku tengah nak amek pre order kasut Mini Melissa ni. Tapi aku amek order untuk yang INSPIRED je la. Dalam kata pasar nya Mini Melissa ciplak. Huhuhu. Yang original pun boleh kalau korang nak order. Tapi original Mini Melissa RM270. Yang inspired ni  RM50 jek. Free postage. So korang kalau berkenan nak order boleh la email aku : CUJERN@GMAIL.COM. Nak whatsapp pun boleh tapi no telefon aku bagi kat email. Takpun korang tinggalkan je no phone kat emel aku, nnt aku whatsapp.

Buat masa ni ada dua color macam kat bawah ni je. Color Red and Black. Kualiti insyaallah yang terbaik.







Macam mana kasut yang dalam gambar ni, macam tu la yang korang akan dapat. Jangan expect sama macam ori pulak. Dah nama pun inspired. Hehehe. Kalau rasa sayang duit nak beli kasut beratus tu, boleh la beli ni. Kasut ni jenis jelly. Ni real pic customer pakai.






Oh lupa pulak nak bagi tau size. Size available dari 24-29.

24 - 13.0cm
25 - 13.5cm
26 - 14.0cm
27 - 14.5cm
28 - 15.0cm
29 - 15.5cm

Ni ukuran tapak kaki ye. Bukan tapak kasut. Aku advise amek besar up to 1 size. Sebab kadang-kadang ukuran kasut ni tak sama. Ade la terkurang terlebih 1cm. Kalau terkecik tak boleh pakai langsung. Kalau besar sket boleh jugak pakai walau lambat. Nak order boleh email. Aku nak close pre order dah ni. Nak deposit 50% pun boleh. 

Wednesday, August 5, 2015

Ikea Sale!!

Dapat email from Ikea ada sale start esok. Memula aku cam, hmm malas la nak click kat email tu. Lagipun bila check akaun bank, terus rasa sedih. Ingatkan ada la orang nak derma 2.6 biliion dalam akaun aku. Rupanya ada 2.60 je balance akaun. Huwaaaa.

Tapi tadi tetiba terclick iklan ikea sale kat blog sape tah tadi. Dalam hati, ala mesti barang-barang biasa je. Bukak page 1, ade la cadar murah. Page 2, tong sampah murah. Page 3, tadaaaaaaa terus segar bijik mata aku. Terus rasa nak ajak laki pergi ikea sekarang jugak. Sebabnya katil yang aku aim ade saleeee! Yuhuuuuuu!! 


Ha nampak tak? Nampak tak? Katil besi color putih tu dah lama aku aim nak belikan tuk Mel. Nasib baik tak beli bulan lepas, kalau tak mau aku meraung tengok ada sale camni. Tggal RM199 je. Memang takde alasan la kalau tak beli. Huhuhu. Mummy is HAPPPYYYYYYYYY! Esok nak pergi Ikeaaaaaa!!

Harap-harap ada stok. Aminnnnnnn!