Thursday, September 17, 2015

Cuti Hari Malaysia





Jangan pandang hina rupa donut aku yang buruk tu. Walaupun rupa tak seindah mana, tapi rasa nya sedap hoi. Hihihi. Percubaan pertama kali buat donut, berjaya. Senang je rupanya nak buat donut ni. Ingatkan susah. Aku dah lama nak try buat tapi takut tak menjadi. Semalam disebabkan bosan hari cuti tak tau nak buat apa, so aku try la buat donut ni. Malas nak buat lubang tengah-tengah. Kena amek masa. Dengan si Mel dok mengacau je, elok la aku buat bulat-bulat macam ni je. Senang kerja. Janji ada rasa donut ye dak?

Resepi aku amek dari blog ni --> DONUT MUDAH LEMBUT
Korang try la buat. Kalau ikut step dia tu, insyaallah menjadi. Mula-mula aku cuak jugak bila tengok masa masukkan telur dalam butter tu, butter tu jadi berketul-ketul. Ingatkan dah gagal la projek donut aku. Tapi gigih la jugak buat sampai habis. Hasilnya, boleh tahan. Tapi satu adunan tu boleh dapat banyak jugak. Kami anak beranak 3 orang je, so banyak la membazir. Nak bagi jiran sebelah, jiran pulak takde rumah. Membazir gitu je donut aku tu. Huhuhu. 

Itu la je la aktiviti aku sempena Cuti Hari Malaysia. Plan asalnya nak bawak Mel ke Kidz Paradise kat The Mines, tapi bila dah petang rasa cam malas je nak keluar. Cuaca pun still berjebu. So kita dok diam-diam je la dalam rumah ye Mel. Cuti pun sehari pulak tu. Dah la tengah-tengah minggu. Elok la berehat je kat rumah. Esok nya dah kerja. Nanti la weekend baru bawak Mel pergi sana.


Tuesday, September 15, 2015

Melissa First Pool.

Sabtu lepas ada function kat Primaland, Port Dickson. So berkesempatan la aku bawak si Mel mandi kolam. Sebelum ni Mel memang tak pernah mandi kolam. Aku tak pernah bawak sebab Mel kecik lagi. Lagipun kolam tu bukannya bersih sangat. Dengan banyak orang kencing dalam tu, klorin lagi. So aku pun malas nak bawak. Tapi disebabkan kat Primaland tu dah ada kolam sebesar alam, so moh la kita Mel. Mummy bawak awak mandi kolam. 

Happy Mel.

Bawak turun kolam pakai baju biasa je sebab mummy ada telematch. Tak decide pun nak mandi kolam petang tu. Tapi bila lalu sebelah kolam tu, si Mel dah tergedik-gedik nak terjun kolam. Menangis-nangis nak masuk dalam tu. Haih, nak tak nak terpaksalah ayah bawak Mel mandi kolam. Mummy memang tak berani la, sebab mummy tak pandai berenang. Mummy pun kalau mandi kolam, dok tebing-tebing je. Tak pernah pegi tengah. Takut lemas. Hahaha. 

Tengok la tu bukan dia takut pun. 


 

 Seronok ye.

 
Video Mel mandi kolam.

Punya la seronok si Mel dapat mandi kolam. Takmo keluar dari kolam sampai kecut-kecut badan. Bila bawak naik, mengigil-gigil sejuk. Tapi gigih lagi nak terjun kolam tu. Last-last penat dengan sendirinya.

 Terlentok terus

Malam tu terus demam si Mel. Ikut mummy pergi dinner pun tido je. Malam tu ade dinner tema arabian. Gigih la aku gi cari baju semata-mana nak mengikut tema. Malam jumaat tu baru terhegeh cari baju. Dlm almari aku mana la ada baju ala-ala arabian ni. Jubah ade la. Jubah biasa sangat. Sekali sekala nak jugak malaram. Hikhik. So bertukar la mummy menjadi cleopatra malam tu. Cleopatra - the mummy. Eh mcm sinonim pulak. 



 Mekap biasa je. Nak buat cat eye tapi tak reti. Cleopatra jawa namanya ni.

Mummy baju pinjam, ayah baju pinjam, Mel pun pinjam baju Pael. Huhahaha.
Boleh la, janji arabian katanya.

Ok tu je la citer hujung minggu aku. Esok cuti Hari Malaysia. Selamat bercuti uols! Dok dalam rumah je, jangan keluar. Jerebu ni. Hehehe.

Thursday, September 3, 2015

Edisi Throwback.

 Then


Now

Dah dua hari ni masa terasa lambat sangat berjalan. Rasa macam ish...lamanya nak tunggu kul 5.30 ni. Lain sangat rasa bila dah hantar anak ke taska ni. Ye la dulu masa dok ngan nenek dia aku tak risau sangat. Bila dah dok taska ni asik la teringat-ingat. Dok fikir nangis ke tak si Mel. Makan ke dia. Mesti dia sedih tengok aku takde and takde orang yang dia kenal. 

Semalam petang pun masa aku amek dia, tinggal dia sorg je kat taska tu. Aku muncul je depan pintu taska tu, terus Mel meraung cam dah 10 tahun x jumpa aku. Hahaha. Sebak lak rasa. Pastu peluk kemain lagi mcm takut kena tinggal. Pagi tadi masa hantar, dia tido. So xde la drama air mata pagi tadi. Memang aku sengaja kejut dia pagi-pagi kul 6.30 tu. Mandi and siapkan dia. Siap susukan dulu sblm gerak. So bila dalam kereta dia akan tido.Sampai taska bila aku tinggal dia, dia tak sedar. Aku pun takde lah berat hati nak tinggalkan dia. Kalau dia menangis-nangis tu, memang berat jugak la hati aku ni nak tinggalkan dia. Tapi nak wat cemana. Bertabah lah. Tengahari tadi gi taska tuk susukan Mel, cikgu kat taska tu cakap Mel takmo makan langsung. Bagi biskut takmo, nasi takmo. Mogok lapar agaknya. Hihi. Esok tengahari terpaksalah aku beli makan tuk Mel. Kena aku jugak yang suap baru dia nak makan kot. Haih. Tunggu la sebulan lagi, adik aku pun nak hantar anak dia kat taska tu. So ada la kawan si Mel ni. Sekarang ni dia rasa terasing sebab takde sape yang dia kenal. Takpe, anak mummy survivor kan. Setakat dok taska tu, apa lah sangat. Hahaha. Mummy nak sedapkan hati sendiri. Padahal mummy yang tak kuaddddddd. Sobssss.


Wednesday, September 2, 2015

Melissa First Day At Taska

Huwaaa hari ni Melissa first day pegi taska. Ceh tetiba mummy pulak yang huwaaa. Ye la, sedih pulak sebab tak pernah hantar anak pegi taska. Tah cemana la keadaan Mel sekarang. Hope dia ok la.

Sebelum ni tak pernah dok dengan orang lain. Nenek Mel yang jaga dia. Tapi ye la sampai bila nak mintak nenek jaga kan. Lagipun mak aku sekarang dah bukak kedai jahit. So cam susah sket la kalau nak jaga budak sekali. Kat kedai tu takde bilik air pe semua. Kang Mel berak la nak mandi la susah. Kena pulak nak naik atas. Satu kerja pulak mak aku nak turun naik atas. Kedai mak aku dekat je dengan rumah. Rumah mak aku tingkat 4, kedai kat ground floor. Turun tanggan pun boleh. Tapi satu hal la kan nak turun naik. Tak jadi kerja mak aku nanti. Mel pulak sekarang ni kalau datang mengada dia, nak berdukung je. Kesian pulak mak aku nak kena dukung Mel. 

Aku memang dah ada plan nak hantar Mel kat taska lepas dia setahun. Kebetulan pulak ada taska baru bukak kat presint 11 tu. Start operasi semalam, 1 September. Memang just nice la sebab mak aku pun start operasi kedai 1 September. So takde la pening-pening nak cari taska. Mak aku pun senang hati la nak operasi kedai dia. Nampak tak Allah permudahkan kerja aku. Alhamdulilah. Tapi aku start hantar hari ni. Semalam petang bawak Mel pergi daftar. Ingatkan dia takut. Sekali nye tak heran pun dia. Aku letak je, terus dia tegur sorg budak tu ajak main. Berlari-lari dalam taska tu sampai takmo balik. Pheww lega aku. Tapi Mel ni dia memang jenis tak kisah. Kalau aku takde, dia main je sorang-sorang dia. Pandai bawak diri macam ayah dia. Nasib baik yang ni dia ikut perangai ayah dia. Kalau ikut perangai mummy jenis tak reti bawak diri, pengsan la aku ade drama air mata tiap pagi nak hantar ke taska. 

Pagi tadi hantar pun elok je dia tak menangis. Tapi time keluar tu, aku tak bagi dia nampak. Suruh dia pergi main, pastu bila dia leka terus aku blah. Tak tau la lepas tu apa cerita. Harap dia ok la. Harap cikgu-cikgu kat taska pun ok la jugak. Risau sebenarnya hantar anak ke taska. Ko tau le memacam kes kat taska sekarang ni. Tapi nak buat cemana kan, tawakkal je . Aku cuma boleh berdoa semoga Allah pelihara anak aku kat sana. Harap-harap taska tu pun boleh la jaga anak aku aku elok-elok.

Sebenarnya aku tak risau sgt Mel pergi taska ni sebab dia memang pandai bawak diri. Lagi la ada ramai budak-budak kat situ. Leka la dia main je nanti. Cuma yang aku risau sebab Mel kan tak hisap botol. Lepas tu dia tu susah sket nak tido kalau takde nenen or buai. Boleh tido tanpa buai, tapi memang amek masa. Silap-silap tak tido si Mel ni nanti. Masa mak aku jaga pun, mak aku cakap Mel kalau tido pun sekejap je. Dalam setengah jam, Pastu susah nak tido balik. Pasal susu tu, aku still akan berulang ke taska tengahari tuk susukan dia. So tak risau sgt la. Mel pun kalau datang angin dia, dia minum je botol. Susu pun aku bagi sekali. Kot la tiba-tiba dia nak bila tengok semua hisap botol kan. Apapun aku harap semuanya ok la kat taska tu.

Tak sampai hati pulak nak kejut pagi tadi.
Tapi takkan la nak hantar anak ke taska masam-masam camni kan.



Kejut jugak la kasi dia main-main segar biji mata dulu.
Mel muka gembira je tak tau nak kena tinggal kat taska hari ni. Hihi


Mel kat taska. Budak lelaki tu kawan baru Mel. Suka Mel kawan ngan dia.