Wednesday, October 21, 2015

Demam Kepialu.


 Muka depan BH hari ni


Heboh sekarang ni pasal demam kepialu yang dah melanda Malaysia. Tetiba aku teringat, 2 minggu lepas Mel dengan adik aku rasanya dah terkena demam kepialu ni. Doctor tak cakap la demam kepialu, tapi simptom-simptom nya sama la dengan demam kepialu ni. Mula-mula Mel yang kena dulu. Petang tu elok je dia makan cam biasa. Aku ada beli bubur yang org jual kat Uniten tu sebab tak sempat nak masak. Petang tu ade checkup Mel. Malamnya masa tido, tetiba dia muntah. Banyak gila. Aku ingat dia cam muak or kenyang sangat sebab hari tu memang dia makan banyak. Tapi lepas aku susukan pun dia muntah-muntah lagi, terus aku bawak pergi hospital. Memang banyak gila muntah. Sampai dah lembik si Mel. Muntah pun x keluar apa dah. Pegi hospital dah la lama tunggu, sekali dr cakap maybe jangkitan or food poisoning je. Bagi ubat je pastu balik. Ceh, penat aku dok lama kat spital tu. Dari kul 11 sampai kul 3 pagi. Esoknya Mel cirit-birit pulak. Muntah dah kurang. Risau jugak aku kalau berterusan. Nasib baik lepas tu dah ok. Dalam 2 hari je dia muntah and berak. Lepas dari tu terus dah tak beli makanan luar. Masa tu aku dok fikir, maybe sebab cuaca jerebu, so mungkin makanan dah tercemar. Tak tau pulak pasal demam kepialu ni.

Ni masa kat hospital hari tu.


Then selang 2-3 hari lepas tu adik aku pulak kena muntah-muntah and cirit-birit. Dia lagi teruk sampai masuk hospital 3 hari. Nasib baik lepas tu ok dah. So korang jaga-jaga la ye. Bahaya jugak demam kepialu ni sebab boleh membawa maut kalau tak dirawat segera. Dengan cuaca tak elok ni, better dok rumah je and tak payah beli makanan dr luar especially yang jual kat gerai-gerai. Kalau ada tanda-tanda demam kepialu ni, cepat-cepat pergi klinik atau hospital.





Tuesday, October 20, 2015

Gelagat Mel Kat Taska.

I was always wonder what Mel's doing when she goes to taska. I thought kat taska tu mestilah dia makan tido je kan. Sekali malam kelmarin saje-saje la dok belek FB Taska Mel tu. Oooo, rupanya cikgu dia ada share aktiviti budak-budak kat taska. Tak perasan pulak aku sebelum ni. Maybe tak keluar kat feeds FB aku agaknya. 

Tengok la tu si Mel, elok pulak dia duduk diam-diam kat kerusi tu. Dah la dia paling kecik kat situ. Gaya macam paham je apa cikgu cakap. Hihihi.

 Shhh..diam semua. Cikgu nak start kelas dah.

 Ni huruf apa anak-anak? 

 Boring la, bila mummy nak amek Mel ni.

 Ala, kenapa huruf H. Bagi la Mel huruf M for Mel.

 Eh semua dapat sama rupanya.

Ok, dah siap!

Ni nak tampal kat mana cikgu?

Hadoi, pening la saya cikgu.



Aku eksaited tengok gambar-gambar ni semua. Macam ni rupanya perasaan bila tengok anak belajar. Rasa seronok pulak. Tak sangka pulak Mel boleh follow apa yang cikgu dia cakap. Kiranya ada la menunjukkan minat nak belajar. Nak harapkan aku ni ha, selalu blur tak tau ajar apa kat anak. Ni pun baru nak start. Sejak join group Homeschooling kat FB, baru la dapat gambaran apa nak buat. Kalau tak manjang blur.



Ni pun sebab ada kawan Fb yang add dalam group ni. Best jugak la sebab banyak info aku dapat sejak join group ni. Tapi kadang-kadang stress jugak sebab tengok mommies kat situ semua hebat-hebat and kreatif. Tak terfollow dia buatnya. Tapi, aku cuba jugak la nak buat something utk Mel. Skr ni tgh usahakan nak buat Busy Book untuk Mel. Harap semangat tak putus di tengah jalan.

Contoh busy book.

Monday, October 19, 2015

Projek Bilik Mel

Aku ni sebelum ada anak lagi dah berangan nanti kalau ada anak, nak buat bilik anak cantik-cantik. Nak-nak pulak bila dapat pindah kuarters teres, bilik tido ada 4, so macam rugi kalau tak guna kan bilik-bilik tu. Nanti ada pulak yang 'tumpang'. Hihi. Tapi tu la, lepas Mel keluar, bayang-bayang bilik Mel pun tak nampak. Ni Mel dah setahun baru nak start. Maklumlah mummy duit tak berapa nak ramai, so beli barang pun sikit-sikit. Nak terus siapkan satu bilik, pengsan la mummy kau Mel. Lagipun Mel kecik lagi, bukan dia kisah pun ade bilik ke takde. Macam biasa la mummy yang over. Masa kecik mummy takde bilik sendiri, so bila dah ada anak, impian tu diturunkan ke anak pulak. Gituuu. Laki aku cakap membazir je nak buat bilik anak ni nanti dia tido dengan kita jugak. Eh tak kira la dia tido ngan kita ke tak. Yang penting dia ada bilik sendiri. Senang mummy nak sumbat semua barang-barang Mel dalam tu. 




Banyak lagi yang takde. Maklumlah beli sikit-sikit. Mula-mula beli drawer, pastu beli almari, pastu beli katil. Beli pun tunggu sale. Tu yang takde tilam lagi kat katil tu sebab nya nak tunggu ikea sale lagi. Mel pun belum tido dalam bilik dia, so tak beli lagi la tilam nya. Yang tu kemudian pun takpe.

Banyak lagi nak buat tu, langsir nak tukar. Carpet nak beli lain. Pastu nak gantung frame-frame and wall shelf lagi. Banyak kerja lagi rupanya. Pastu sticker watermelon tu aku rasa cam nak tukar lain pulak. Aku dah beli sticker cloud kat aliexpress. Semangat nak tampal sekali takde tangga pulak. Watermelon tu aku print sendiri je pastu tampal. Tapi tetiba rasa cam tak best pulak.

Nak tukar dengan sticker cloud ni.

Kononnya weekend smlm nak la setelkan semua nya. Tapi hampeh. Beria-ria ni pesan kat laki aku. Minggu ni by hook or crook, mesti siapkan bilik Mel. Tapi laki aku ade je alasannya. Penant la, ngantuk la. Pastu si kecik pun sibuk nak tolong aku mengemas.

 Dok melilau ke hulu ke hilir cari benda nak dibuat.


 Dua beranak ni konon nak tolong mummy, sekali sepah yang dibuat nya.


 Dok mengetest kasut pulak


Budak bertuah Mel ni semua benda nak dibuang dalam tong sampah.

Ada sekali tu aku dah siapkan baju dia nak pakai lepas mandi. Aku letak la atas katil dulu. Lepas mandikan dia, dah pakai kan pampers semua, aku gi la bilik air kejap nak tutup lampu. Sekali kuar bilik air dok cari-cari baju si Mel tak jumpa-jumpa. Puas aku cari. Selalu nya memang aku tau si Mel suka main, tapi biasanya mesti ada kat mana-mana. Ni cari-cari tak jumpa. Last-last amek baju lain pakai kan kat dia. Rupanya esok tu aku jumpa baju tu dalam tong sampah. Bertuah punya budak. 



Kesudahannya tak berjaya lagi nak siapkan bilik Mel. Mampu kemas kan baju-baju je dalam drawer and almari tu. Tunggu la next weekend pulak. Buat sementara ni mummy sekodeng dulu bilik-bilik cantik kat pinterest. Nak cedok idea sket-sket. Nak buat bilik Mel ala-ala scandinavian style. Aku suka scandinavian style sebab simple yet cantik dan kemas. 


Cantik kan? Spice rack ikea ni spray color camni, jadi cantik terus. Memang dah aim nak beli spice rack ni. Pastu boleh la letak buku-buku Mel kat situ. Peg board tu pun aku dah ada contact kalau nak tempah. Yang ni aku plan nak buat kat ruang depan katil Mel tu. Nak letak peg board ni and meja tulis ikea kat situ.

Ikea spice rack. RM12.90 je.
Meja tulis RM99.
Beli dua ni pastu spray color-color pastel. Cantiknyeeeee. Takpe kita berangan dulu. Nanti siapkan sikit-sikit. Ni antara contoh-contoh bilik yang berkenan di hatiku...





Tunggu la Mel, insyaallah tahun ni jugak mummy siapkan bilik Mel ye.

Thursday, October 8, 2015

Setelah Sebulan.

Dah sebulan lebih Melissa dok taska. Alhamdulilah sekarang ni dah kurang dah menangis kalau aku hantar pagi-pagi tu. Menangis la jugak kadang-kadang kalau time mood dia tak ok atau bila cuti lama. Tak lama pun Mel amek masa nak sesuaikan diri kat taska tu. 2 minggu je yang dia nangis teruk. Pastu masuk minggu ketiga, dah ok. Minggu ketiga lepas aku hantar taska tu dia dah ok. Tak menangis langsung ok masa aku hantar tu. Masa tu sebelum cuti raya haji. Hari Isnin dengan Selasa sblm cuti raya tu, memang dia tak nangis langsung. Bila bagi dia kat cikgu pun, relax je muka ceria. Kalau tak, memang mengis-nangis meraung la bila aku tinggalkan. Tapi dua hari tu ok je. Cikgu nye cakap pun, sepanjang hari dia tak nangis. Masa tu memang lega sangat la hati aku. Pergi kerja pun lapang je rasa dada. Tapi pastu kan cuti raya lama. 5 hari. Bila hantar balik, hmm datang balik la perangai nangis dia tu. Haiyaaaa. Tapi, aku malas nak layan sangat sebab tau dia nangis mengada je tu. 

Sekarang pun aku dah tak balik tengahari tuk susukan Mel. Mula-mula tu risau jugak kalau-kalau dia tak nak minum botol. Tapi kalau tak ajar, sampai bila kan? Last-last aku decide and nekad je tak payah balik tengahari. Mintak cikgu nya buatkan jugak susu dalam botol tu. Alhamdulilah Mel ok je. Minum jugak la susu dalam botol walaupun tak banyak. Memang aku dah inform cikgu takyah buat banyak-banyak. Dalam 2-3 oz je. Ok la kan dari tak minum susu langsung. Aku pun tak de la terkeja-kejar tengahari nak balik. Now i got my lunch life back. Hahahaha. Sejak pregnant memang takde lunch life lagi la. Masa pregnant, time lunch aku balik rumah tido sebab tak larat. Pas beranak , lunch je balik rumah susu kan anak. Now boleh la mummy nak window-window shopping kat Alamanda or IOI time lunch tu. Hihii.

Tapi kan, bila dah tak balik tengahari ni tetiba rasa macam lain pulak. Rasa kesian pun ada kat Mel. Ye la sepanjang hari dok ngan orang lain. Mesti dia rindu kat aku kan. Hehehe. Ke sebenarnya dia happy je kat sana. Mummy je emosi lebih. Hihi. Bila fikirkan anak aku dah banyak spent masa dengan org lain kat taska sepanjang hari, buatkan aku tak sampai hati nak marah-marah Mel kalau kat rumah. Memang kalau ikutkan banyak je peel Mel wat darah aku naik. Tapi bila fikir balik, dah la sepanjang hari dok ngan orang. Nak manja-manja mesti tak dapat kan. Bila balik rumah, nak manja-manja ngan mummy, sekali mummy naik hantu. Kesian anak aku. Sebab tu sekarang, aku dah takde nak marah-marah. Rumah aku pun aku dah tak kuasa nak kemas. Lantak pi la bersepah pun. Balik dari kerja tu, memang aku spent masa dengan Mel je. Kemas mana dan je. Kalau Mel tido awal baru la aku buat kerja lain. Selagi tak tido, aku layan je la dia. 

Lagi satu, bab mandikan anak. Hari tu cikgu kat taska Mel ade ckp kat aku "rajin akak mandi kan anak pagi-pagi". Agaknya dia pelik tengok Mel datang pagi-pagi dah mandi. Tapi aku lagi pelik dengan soalan dia tu sebenarnya. Rupanya cikgu dia ckp jarang org hantar anak kat taska, anak dah mandi. Biasanya taska yang akan mandikan budak-budak. Tak tau la orang lain, tapi aku memang tak suka hantar anak kat orang busuk-busuk masam macam tu. Aku kalau hantar Mel, memang dah siap mandi wangi-wangi dah. Memang aku kejut Mel pagi-pagi soh mandi. Masa mak aku jaga dulu pun, aku akan siapkan mandikan anak aku dulu. Tak tau la kan, tapi ikutkan aku selagi mana yang aku sempat buat tuk anak aku, aku akan buat. Memang la kalau ikutkan kita dah bayar taska tu kan. Tapi takpelah, at least aku boleh spent masa ngan anak aku time mandi tu. Bila balik dari taska pun, biasanya aku akan mandikan atau tukar baju dulu sblm tido. Hari tu cikgu taska tu cakap ade parents lagi la. Pagi hantar tak mandi tu biasa la kan. Tapi ade parents yang amek anak ptg tu dengan baju tu, esok pagi bila hantar baju tu jugak la yang anak tu pakai. Ha paham tak maksud aku. Maksudnya, diorang amek anak petang tu kan dah siap mandi. Then lepas tu memang diorg tak mandi kan or tukar baju lagi la. Esok nya hantar anak, anak still pakai baju ptg smlm. Aku mampu gelak je la bila cikgu tu ckp camtu. Lain orang lain cara. Maybe dia tak sempat kot. Cam aku, memang aku akan mandi or tukar baju. Ye la, ptg tu mestilah taska mandikan awal kan. Dalam kul 4.30 camtu sebab parent amek anak dalam kul 5 lebih. Budak-budak mestilah lagi cepat berpeluh. Mesti tak selesa nak tido kalau camtu. Aku sendiri pun rimas tgk kalau anak aku masam-masam. Jap lagi budak tau je la, kalau tak selesa kang merengek tengah2 malam. Better kasi dia segar dulu badan, then baru tido. Memang letih la keje aku asik nak basuh baju Mel. Sehari bape kali tukar baju. Kat taska biasanya dua kali tukar baju. Campur kat rumah total 4 kali salin baju. Pengsan!

Panjang pulak bebelan mak-mak kali ni. Hihihi. Ok la, sampai sini dulu. Till next bebelan. Nak keluar jalan-jalan kat Alamanda ^_^.


Tuesday, October 6, 2015

Lazada Shopping Haul.


Minggu lepas dalam group whatsapp Mommy Blogger ada share pasal pampers murah kat Lazada ni. Sebelum ni pun ada jugak org share pampers murah kat Tesco. Tapi sebab Mel tak pakai pampers ni, so aku tak amek port la. Tapi rajin jugak la aku bukak website Lazada tu sebab suka tengok toys budak kat situ. Murah-murah gak la compare beli kat kedai or kat IG. So alang-alang dah bukak website Lazada tu, aku pun try la tengok pampers Drypers yang murah tu. Memang murah la weh. 3 pack yang ade 80 pcs pampers tu RM80 ++ je. Pastu boleh guna voucher lagi pulak dapat lagi diskaun 30% or maksimum RM30. Kalau kat tesco Rm79.90 untuk 3 pack ni. So kiranya Lazada lagi murah la kalau guna voucher code tu. Tapi voucher tu for new user la. Ha gigih la aku register emel baru kat Lazada tu. Hihihi. Beli jugak la pampers ni sebab murah. Selalu Mel pakai drypants or huggies pants tu sebab tau je la si Mel tu bukan reti nak dok diam. Nak pakaikan pampers je boleh gaduh. Sebab tu aku senang pakai yang pantz tu. Tapi skrg ni kena jimat cermat, terpaksalah la aku bertabah pakai kan Mel pampers macam ni. Yang penting murah. 

Tapi bukan tu je yang aku beli kat Lazada ni. Tetiba teringat scooter Mel hari tu aku tengok kat Aeon Big. Cam comel je scooter tu bila Mel naik. Tapi bila tengok rega nya mak oi, RM250++. Terus tak jadi beli.


video

Haha comel kan? Pastu scooter ni nant boleh edjust kalau Mel dah besar boleh tukar handle tu. Jadi cam scooter yang biasa budak-budak main tu. Aku try la tgk kat Lazada kot2 ada mende ni. Sekali ada weh! Harga lagi murah pulak. RM126 camtu harga nya kalau tak silap aku. Kalau guna voucher tu boleh dapat diskaun RM30. Hmm, terus tak fikir panjang, register emel baru and order ni pulak. Hihihi. Cam biasa la, mak yang over. Sejak dah pandai belikan toys anak ni, kemain asik nak beli toys je.


Nampak tak benda yang sama je sebenarnya tapi harga lagi murah kat Lazada tu. Nasib baik la tak gelojoh nak beli kat Aeon Big hari tu. Selamat duit aku. Eh tapi tak selamat mana pun sebab tetiba terbeli mende lain jugak.



Ha nampak? Tak memasal beli periuk belanga. Tak tau kenapa aku beli mende ni. Masak dah la malas tapi mengada beli periuk belanga. Sejak dah berevolusi menjadi makcik-makcik ni, selera shopping pun berubah dengan jayanya. Tetiba minat periuk belanga la, pinggan mangkuk la. Aku tak tau la harga ni kategori murah ke mahal tapi aku beli jugak la sebab stress pakai kuali n periuk yang melekat ni. Hope lepas dapat periuk kuali ni, mood memasak pun akan berubah jugak la. Maybe lepas ni rajin pulak memasak. Hihihi. Dalam mimpi la kot.

Btw, pampers n scooter Mel dah sampai. Ni yang aku suka Lazada ni, sebab delivery cepat. Scooter tu order hari khamis, jumaat dah dapat. Pampers order hari Jumaat, semalam dah sampai. Periuk order hari sabtu, hari ni insyaallah dapat. Best, tak payah tunggu lama-lama. Banyak lagi sebenarnya mende murah kat Lazada tu. Tapi skrg kena banned dulu website Lazada tu. Kalau tak, boleh bankrup dibuatnya.