Thursday, March 31, 2016

Klinik Gigi.

Aku adalah sejenis manusia yang paling takut nak pegi klinik gigi. Seumur hidup adalah bape kali je pergi. Tu pun masuk kira yang masa sekolah dulu. Habis sekolah, memang sorry la nak pergi klinik gigi. Sebabnya, pengalaman aku jumpa doktor gigi ni, semua garang. 3-4 tahun lepas ada lah aku pergi klinik gigi sebab nak check gigi. Takde rosak apa pun gigi. Saje nak pergi check. Aku gi klinik kerajaan je, kat presint 9 tu. Sekali dapat doktor yang cam harjam. Dok bebel-bebel tah hapa-hape. Ingat aku ni budak sekolah rendah ke nak bebel-bebel camtu. Pastu check gigi pun nak ganas-ganas. Sejak tu memang aku pangkah klinik gigi kerajaan ni. Kalau nak pegi, cari je la klinik swasta. Bayar mahal pun takpe. 

Eh berbalik kepada ceita klinik gigi ni tadi, saje la nak citer kat sini aku baru je lepas pergi klinik gigi. Hihi. Sebabnya gigi aku dah berlubang. Dah lama berlubang. saja aku tangguhkan pegi klinik. Tapi jenuh la, lepas makan nak kena korek sisa makanan yang kat dalam lubang tu. Tambah pulak dah start ngilu. Nak tak tak sebelum parah baik gi tampal. Pastu nak try buat scaling sekali. Seumur hidup tak pernah buat scaling sebab takut. Ade org kata sakit. Ade kata tak rasa apa-apa. 

Kebetulan pulak bos cuti hari ni. Lepas lunch tadi terus shoot pegi klinik gigi. Aku gi Klinik Pergigian Izra kat presint 8. Takde wat appointment pun. Call je tanya dr busy tak. Staff klinik kata tak busy, so terus pegi. Sebelum ni memang aku ade dok google pasal klinik kat putrajaya ni, banyak feedback positif pasal klinik ni. Lagipun dr gigi nya perempuan. Selesa sikit. Aku pernah pegi klinik gigi kat presint 15 hari tu, dr lelaki. Rasa x selesa nak check gigi ngan dr lelaki. 




Keadaan dalam klinik pergigian Izra. Cantik, bersih dan kemas je. Masuk pun rasa best je. Aku sampai tadi kul 2.30. Tunggu jap kat hall ni dalam 15 minit sebab ada patient lain, then dr panggil masuk. Masuk-masuk je dalam bilik dentints tu, doktor nya dah sambut aku dengan senyuman dan bagi salam. Cakap pun lembut je. Dari takut nak check gigi, terus rasa ok. Hihihi. 

Dr tanya nak buat apa. Aku ckp la nak tampal gigi and kalau sempat nak scaling sekali. Then dia check and cakap memang ade kena tampal. Tapi dia buat scaling dulu. Then baru tampal. Alamak, takut pulak nak kena scaling dulu. Dengar bunyi mesin scaling pun aku dah ngilu. Tapi, sebenarnya bila buat takde la sakit mana pun. Ceh, penat je iols berdebar-debar. Hahahaha. Serius tak sakit langsung masa buat scaling. Kejap je pun. Dah siap scaling, terus tampal gigi. Haaaa, yang tampal gigi ni memang sakit. Sebelum tampal, dr kena bersihkan dulu kat bahagian yang berlubang tu. kena korek dalam-dalam baru tampal. Masa dia korek kat dalam gigi yang berlubang tu, pehhhh ngilu gila! Sakit tu tak la, tapi ngilu. Terpejam-pejam mata aku tahan sakit. Bila dah bersihkan tu rupanya besar gila lubang kat gigi tu. Kalau tak tampal, memang silap haribulan kena cabut nanti. Nasib tergerak hati nak pegi hari ni.

Tak lama pun proses scaling n tampal ni. Aku dtg tadi kul 2.30. Kul 3.30 dah keluar dari klinik tu. Hehe. Total damage tadi RM190. Ok la kot harganya. Yang penting doktor gigi nya baik. Kalau bayar murah pun tapi layanan dapat tah hape-hape, tak guna jugak. Aku pentingkan servis dan layanan mesra doktor. So klinik ni memang recommended la, buat aku rasa tak takut lagi dah nak pegi kinik gigi. Lepas ni kalau nak check gigi, memang aku pergi sini je la. 

Selfie sket lepas gigi dah ok :D
(dah kenapa tudung sama dgn dinding)

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..