Thursday, May 17, 2018

Recap 2017.

Ni entry aku draft awal tahun hari tu tapi malas nk publish. Since aku sangat kebosanan hari ni, aku decide untuk berblogging kembali. Hihi. Ade ke yang nak baca? Haha lantaklah. 


2017 has come to end. And here is my recap for 2017.

Marriage & Divorce

Some of you maybe dah tau atau mungkin dah dapat agak perkara ni. Yes, aku dgn Masran are no longer husband and wife. We decided to separate and go with haluan masing-masing in the middle of this year. Sebab apa? Tak perlu lah korang semua tau. Banyak isu lain dalam rumahtangga ni, tak semestinya sebab orang ketiga je. Anggap je la jodoh aku setakat di situ sahaja. Aku pun dah lama redha dengan benda ni. 7 tahun perkahwinan bukan masa yang singkat dan bukan mudah jugak nak buat keputusan yang besar macam ni. Tambah pulak bila fikir pasal Mel. Tapi tu la, jodoh tak panjang. Bukan lah aku nak menyalahkan takdir. Yang baik semua dari Allah dan yang buruk semua dari silap kami sendiri. Aku pun bukan nak bangga canang benda ni kat socmed. Tapi biarlah korang semua tau dari aku sendiri dari dengar daripada orang lain yang tak tau hujung pangkal. Takut menimbulkan fitnah pulak nnt. Benda pun dah setel cara baik. Hope korang pun terima lah dengan baik. Tak pelu cuba nak mencari kesalahan siapa. Rumahtangga aku hanya aku, dia dan Allah je yang tau. Apa yang korang nampak tu hanyalah secebis je dari apa yang aku decide untuk share di socmed ni. Now aku dengan dia cuma jalankan tanggungjawab masing-masing kat Mel. 

Health

Alhamdulilah sepanjang tahun 2017 ni aku takde lah sakit teruk-teruk. Memang aku jarang demam. Tapi dalam tahun ni jugak aku mengalami depression. Yes, depression is real. Bukan sengaja nak buat-buat nak tarik perhatian dan raih simpati. Ade satu tahap tu, bila semua perkara berlaku serentak, aku jadi tak boleh handle. Nak berfikir pun tak boleh apatah lagi nak buat benda lain. Selera makan hilang, berat badan aku turun mendadak. Dah macam jerangkung pun ade. Sampai satu tahap teruk tu, aku hampir dua minggu tak pergi keje. Terbaring je kat rumah. Makan tak, mandi tak, keluar rumah pun malas. Jangan kata nak keluar rumah, nak bangun dari katil pun tak berdaya. Duduk je memerap dalam bilik. Rasa nak meneruskan kehidupan pun tak berdaya. Memang teruk jugak la rasanya. Now baru aku tau macam mana bila rasa depress, lost hope, hidup tak bermakna, rasa takde sape2 nk paham ko. Benda ni bukan main-main ye. Bukan sengaja nak rasa-rasa macam tu. Takde sape nak rasa teruk sampai tahap macam tu. Tapi bila berada dalam situasi tu ko akan rasa x mampu nak berbuat apa-apa. Aku tak boleh tido berhari-hari sampai pegi klinik MC 4 hari, doktor bagi ubat tido and ubat kemurungan. Tapi tu lah ubat pun x membantu sangat sebenarnya. Bergantung pada diri sendiri. Syukurlah aku survived. So korang please don't underestimate kalau ade kawan-kawan yang nampak ciri-ciri kemurungan. Skrg ni pun memang banyak org yg stress and depression. Kalau rasa tak nak membantu pun, tolong jangan kecam atau bagi kata-kata yang negatif. Orang yang depress ni dia cuma mampu fikir perkara negatif je, kalau ditambah dengan kata-kata negatif korang tu, silap-silap boleh jadi kes bunuh diri ke apa nanti. And tak semestinya orang yang ko nampak happy, senyum je depan ko tu takde masalah. If ade kawan yang cuba nak luahkan masalah, please please please jadilah pendengar yang baik. Org yang stress ni dia cuma perlukan someone untuk dia luahkan. Kadang bila dah luahkan tu, rasa macam hilang kejap beban. So please be alert dengan sekeliling korang. Tolong jangan tambahkan beban kalau x mampu nak tolong. Paling penting jangan jadi punca kepada masalah org. Macam lagu Khai Bahar tu "Jika kau tak mampu membuatku senyum..usahlah kau hadir dengan kedukaan". Haaaa gitu la konsepnya. Kenapa aku highlight kan pasal depression ni? Sebab aku nak korang tau, depression is real. Banyak sangat dah kes orang jadi gila or bunuh diri or bunuh org ke apa. Semua punca dari stress, depress, then jadi bipolar and macam-macam lah. Tak kisah la apa punca pun. Kadang punca kecik-kecik pun kalau tak boleh handle dia akan jadi besar. So please be alert.

Friendship

Satu lagi perkara aku nak highlight in my recap ni, is friendship. Jenis aku memang tak berkawan ramai. As an introvert person, memang agak susah lah aku nak berkawan dengan ramai org. Tambah pulak aku jenis moody & baran. Kalau aku tak puas hati memang aku suka cakap depan-depan. Tapi tak ramai orang boleh terima sikap macam tu. So untuk elakkan dari berlaku perselisihan paham, eloklah aku amek keputusan takyah berkawan. Gituu. One more thing pasal kawan ni, bila ko susah baru lah ko boleh nampak siapa kawan siapa lawan. Jenis kawan yang suka judge, konon-konon nak tolong tapi sebenarnya cuma jadi penambah masalah je. So dari sini aku belajar banyak benda la pasal erti persahabatan ni. Ade kawan yang pada mula nya kita macam rasa x boleh ngam dengan dia, or tak suka dia, tiba-tiba dia lah manusia yang paling banyak tolong ko dan paham ko. Kawan yang macam ni kena lah kita hargai. Yang macam gampang tu, takyah kawan pun tak rugi. Gitewww.

Love
Knowing me, aku bukan jenis yang serik. If korang follow aku dari awal lagi korang tau la perjalanan cerita cinta aku yang tak berapa nak indah. Dalam pada tak indah tu, banyak jugak episod cerita cinta aku. Dah macam telenovela pulak. Ingatkan lepas kawen, dah jumpa soulmate. Rupanya jodoh setakat disitu je. Takpelah aku redho. Kalau dah semua tak kekal, nampaknya aku lah yang bermasalah di situ. Sobsss. Tetiba teringat lirik lagu Arjuna - Kump Dewa 19;

Mungkin ku temui cinta sejati..saat aku hembuskan nafas terakhir ku..Mungkin cinta sejati memang tak ada... dalam cerita kehidupan ini
Eh sedih pulak lagu nie.. adehhhh

Kadang aku terfikir, apa lah nak diharap sangat dengan kehidupan dunia yang singkat ni. Kalau aku rasa aku manusia malang, ade ramai lagi sebenarnya yang lagi malang dari aku. So now teruskan kehidupan dengan senyuman. At least now aku tau ada someone yang betul-betul sayangkan aku tanpa syarat. Anak aku, Melissa. I have to be strong for her. Doa-doa kanlah aku kuat :)

9 comments:

  1. Harap semua ok Cujen.
    Be strong.
    Alhamdulillah tengok post ni kau dah getting better.

    ReplyDelete
  2. kak,be strong. patutlah tak aktif kat ig lg. kita follow akak dr blog ke ig. semoga segala urusan akak dipermudahkan ya.

    ReplyDelete


  3. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete


  4. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

  5. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  6. Sedih pulak baca posting kali ni

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..